
WARGA EMAS PATAH TULANG RUSUK DITANDUK LEMBU
SERKAM 9 Jun – Sukarelawan program korban patah satu tulang rusuk kiri dan mengalami pendarahan pada paru-paru, akibat ditanduk lembu dalam kejadian di Masjid Al Faizin Kampung Bukit Tembakau, Serkam, di sini, jam 9.30 pagi, pada Sabtu.
Difahamkan ketika kejadian mangsa Md Rabu Ahmad, 60, bersama beberapa sukarelawan lain cuba mengikat lembu berkenaan untuk melaksanakan ibadah korban.
Namun, secara tiba-tiba lembu berkenaan menanduk bahagian kiri badan mangsa menyebabkan tulang rusuknya patah.
Sementara itu anak mangsa, Siti Nur Sakierah, 28, berkata, sejurus kejadian bapanya dikejarkan ke Hospital Jasin bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Doktor memaklumkan, ada pendarahan dalam paru-paru ayah, susulan itu tiub terpaksa dipasang bagi mengeluarkan darah. Namun saya bersyukur kerana keadaan ayah kini stabil.
“Ayah memang kerap ambil bahagian dalam program gotong-royong, jadi kami sekeluarga memang tidak sangka dia akan ditimpa kemalangan seperti ini, semuanya berlaku dalam sekelip mata,” katanya.
Terdahulu, menerusi video berdurasi dua minit 37 saat yang tular, mangsa dilihat sedang cuba mendekati lembu kedua sebelum ternakan itu menyerang dan menanduknya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
