
TUISYEN SPM PERCUMA #DUYONGKITA KEMBALI
DUYONG 10 Jun – Anak-anak yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipelawa menyertai Tuisyen Percuma #DUYONGkita yang kembali diadakan tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, program tuisyen percuma itu bukan sahaja terbuka kepada calon SPM di Duyong sahaja, bahkan terbuka kepada semua yang berminat tanpa mengira kaum.
Beliau yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri memaklumkan, program itu akan bermula pada 14 Jun 2025 dan diadakan di Dewan Surau Ar-Redzuan, Taman Semabok Perdana pada setiap Sabtu dan Ahad.
Jelasnya, sebanyak lima mata pelajaran akan diberi tumpuan pada program tersebut iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains.
“Apa yang perlu dibawa oleh calon SPM 2025 (peserta) adalah keinginan untuk belajar dan tinggalkan perasaan malas.
“Walaupun percuma, (ia) bukan tahap biasa. Banyak A telah dihasilkan sejak empat tahun lepas,” katanya dalam satu hantaran.
Menurut Mohd Noor Helmy, mereka yang berminat boleh mendaftar di https://forms.cloud.microsoft/r/iMFyEFthpq, atau mengimbas kod QR pada poster.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA MILIKI 29 TAPAK WARISAN GEOLOGI
TELOK MAS 1 Julai - Sebanyak 29 tapak warisan geologi yang dikenal pasti di seluruh negeri ini bakal menjadi produk...
INISIATIF MPJ KURANGKAN BIROKRASI PEMBANGUNAN TANAH RIZAB DAPAT PENGIKTIRAFAN
JASIN 1 Julai – Komitmen Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memperkasakan pembangunan komuniti membuahkan...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026: 30 ACARA RANCAKKAN 3 DAERAH
AYER KEROH 1 Julai - Sebanyak 30 acara berbentuk sukan, rekreasi, warisan dan kebudayaan mewarnai Festival Sungai Melaka 2026 yang...
16 TAHUN BERJASA DENGAN MPAG, APC SUNTIK SEMANGAT ZURAIHA
BANDA HILIR 1 Julai – Pengorbanan termasuk bekerja hingga lewat malam dan mengekalkan disiplin yang tinggi menjadi pegangan Pembantu Tadbir...
PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN BERGERAK JADIKAN SENYUMAN LEBIH BERSERI
SERKAM 1 Julai - Komitmen untuk membudayakan amalan penjagaan gigi agar bersih, bersinar dan senyuman yang lebih berseri dalam kalangan...
KESIDANG LAHIR BELIA BERKUALITI DENGAN SUKAN
KESIDANG 1 Julai - Pelbagai kemudahan sukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang terus dinaik taraf bagi menyediakan ruang rekreasi...
