Sorting by

×

PENGHORMATAN KEPADA VETERAN ATM

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 17 Jun – Kejayaan menjejak dan menangkap empat pengganas komunis antara pengalaman paling berharga buat Pegawai Waran I (B) P Shummugam, 74, sepanjang 21 tahun berkhidmat bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Veteran ini berkata, pengalaman melawan insurgensi adalah perkara yang memeritkan, namun amat berbaloi bagi dirinya kerana memperoleh banyak pengalaman berharga sepanjang bergelar anggota tentera.

Katanya, dia menamatkan perkhidmatannya di Divisyen ke-11 Strategik, Tentera Darat Malaysia (TDM) dan berasa amat bertuah kerana berpeluang bertugas di tujuh unit berbeza sepanjang tempoh tersebut.

“Saya pernah berkhidmat sebagai staf perubatan ketika di Batalion Perubatan Kluang, peluang diberikan membantu saya memahami kepentingan pentadbiran perubatan dalam operasi ketenteraan.

“Lebih menarik ketika ditugaskan di Batalion Perubatan, pasukan saya pernah bina hospital medan dalam hutan yang lengkap dengan pejabat pentadbiran, baru dua jam beroperasi kami sudah terima pesakit, bagi saya ini satu pengalaman luar biasa,” katanya.

Dia kini menetap di Ayer Keroh berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Pusat Dagangan Antarabangasa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Sebagai anak jantan, selain didorong minat terhadap aktiviti lasak Shummugam, juga tidak melepaskan peluang untuk memperoleh kelayaan Kelas 1 anggota payung terjun.

“Sebagai staf kerani, saya juga tekankan kepentingan memiliki buku kerjaya yang lengkap, ia adalah panduan bagi menilai dan memperbaiki kualiti kerja dari semasa ke semasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

568
Kongsi :
Previous post MAYAT REPUT DI LADANG KELAPA SAWIT DISAHKAN LELAKI DEWASA
Next post MAKAN DURIAN SAMPAI PUAS DI MELAKA AGROFEST 2025