
MAYAT REPUT DI LADANG KELAPA SAWIT DISAHKAN LELAKI DEWASA
Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata mayat lelaki dewasa itu ditemukan oleh orang awam yang mencari lembu ternakan di ladang tersebut pada 5.13 petang.
“Bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati jangka masa kematian dianggarkan sekurang-kurangnya beberapa minggu atau bulan, selain sebab kematian adalah unascertained (tidak dapat dipastikan) disebabkan kesan mumifikasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, dengan doktor turut mengesahkan tiada kesan kecederaan lain ditemukan pada mayat itu.
Mohd Hasni meminta mereka kehilangan ahli keluarga atau rakan untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pemangku Ketua Polis Balai Trolak Sarjan Mohamad Rizal Sahiaren menerusi talian 017-5603331 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim 05-4528222. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
16 TAHUN BERJASA DENGAN MPAG, APC SUNTIK SEMANGAT ZURAIHA
BANDA HILIR 1 Julai – Pengorbanan termasuk bekerja hingga lewat malam dan mengekalkan disiplin yang tinggi menjadi pegangan Pembantu Tadbir...
PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN BERGERAK JADIKAN SENYUMAN LEBIH BERSERI
SERKAM 1 Julai - Komitmen untuk membudayakan amalan penjagaan gigi agar bersih, bersinar dan senyuman yang lebih berseri dalam kalangan...
KESIDANG LAHIR BELIA BERKUALITI DENGAN SUKAN
KESIDANG 1 Julai - Pelbagai kemudahan sukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang terus dinaik taraf bagi menyediakan ruang rekreasi...
APC IKTIRAF BAKTI PENJAWAT AWAM PERKASA PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 1 Julai – Pengalaman ditugaskan di pelbagai jabatan dan berani menyahut cabaran untuk mempelajari perkara baharu menjadi kunci...
POLIS MELAKA SUDAH BERSEDIA HADAPI PRN KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Polis Kontinjen Melaka melakukan persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16. Ketua...
TERIMA KASIH TOK RAUF, RAKYAT PUAS HATI MAKAN DURIAN PERCUMA
ASAHAN 1 Julai - Inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh belanja durian secara percuma untuk penduduk di...
