Sorting by

×

WRUR MEDAN PROMOSI, RANCAKKAN BIDANG TVET UNTUK ANAK MUDA

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

BEMBAN 2 Julai – Hari Terbuka TVET yang diadakan bersempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) menjadi medan untuk mempromosikan bidang pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional kepada seluruh rakyat Negeri Melaka.

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian, dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, Kerajaan Negeri sentiasa proaktif dalam menjadikan negeri ini sebagai hab TVET negara sekali gus melahirkan tenaga mahir tempatan yang berkemahiran tinggi.

“Bagi mencapai hasrat ini, Kerajaan Negeri sentiasa memperluas jaringan kerjasama dengan pihak industri bertujuan membantu mereka mendapat kemahiran baharu kerana teknologi sentiasa berubah mengikut peredaran zaman,” katanya pada Hari Terbuka TVET yang diadakan di EDA Malaysia Industries Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Pada program itu, Khaidhirah turut meluangkan masa menyantuni pengunjung yang hadir selain singgah ke pelbagai reruai yang disediakan oleh pelbagai institusi pengajian tinggi dan pihak industri.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan antaranya, ‘pocket talk’ bersama industri dan institusi, bengkel gunting rambut dan ‘bouquet’, sesi kesedaran kesihatan mental bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), gunting rambut percuma, jualan TVET dan pameran kerjaya.

Antara institusi pengajian yang mengambil bahagian pada program itu adalah Kolej Komuniti Jasin yang menampilkan pameran robotik.

Menurut Pengarah Kolej Komuniti Jasin, Sr. Mohamad Kelana Juwit, pihaknya sentiasa terbuka untuk menyertai pameran berkaitan TVET bagi menyahut aspirasi Kerajaan Negeri memperkasa bidang berkenaan yang mempunyai masa depan cukup cerah.

“Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa TVET sedang rancak digerakkan bagi memenuhi keperluan industri khususnya bidang teknikal dan kemahiran.

“Bagi mencapai misi tersebut, Kolej Komuniti Jasin akan sentiasa menjadi tonggak utama untuk menyokong pertumbuhan bidang TVET agar selari dengan hasrat Kerajaan Negeri merancakkan lagi pendidikan vokasional, teknikal dan kemahiran berasaskan pengetahuan yang menjadi keperluan industri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

746
Kongsi :
Previous post ‘CONTENT CREATOR’ PERLU ADA ILMU, BUKAN SEKADAR KEJAR POPULARITI
Next post HLN2025: PASUKAN LANDSKAP KOLEJ KOMUNITI SELANDAR HARUMKAN NAMA MELAKA