Sorting by

×

MPHTJ BERI SEMANGAT BAHARU KEPADA WARGA BEMBAN

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BEMBAN 4 Julai – Inisiatif Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengadakan Lawatan Kasih Rumah Ke Rumah ke tujuh buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban disifatkan sebagai tanda kasih dan prihatin agensi Kerajaan Negeri.

Program yang diadakan bersempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bemban itu menyantuni 21 insan kurang bernasib baik, selain turut menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Menzahirkan rasa terima kasih, seorang warga emas yang tinggal seorang diri, Rahmah Hasan, 74, terharu apabila menerima kunjungan MPHTJ yang turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan kit makanan.

“Sumbangan ini tanda prihatin dan kasih sayang, terima kasih sudi menyumbang dan bertanya khabar,” jelasnya yang menetap di Kampung Tehel.

Nada sama turut disuarakan seorang penerima, Umi Fatehah Azman, 31, yang menghidap diabetes kronik sehingga mengakibatkan penglihatannya terjejas yang menyifatkan kehadiran MPHTJ memberi semangat baharu buat dirinya.

“Terima kasih tidak terhingga kepada MPHTJ, sudi datang ziarah malah membawa bantuan yang sangat membantu meringankan bebanan kami,” ujarnya yang tinggal di Kampung Serompong, Tehel.

Img 20250704 wa0015
UMI Fatehah (tengah) ketika menerima sumbangan daripada wakil MPHTJ pada Program Lawatan Kasih Rumah Ke Rumah sempena WRUR DUN Bemban.

Lawatan Kasih Rumah Ke Rumah itu diketuai Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron dan turut dihadiri Penyelaras DUN Bemban Mohd Raziff Yakop serta pemimpin setempat.

Menerusi program itu, MPHTJ menjelajah tujuh buah kampung di kawasan pentadbirannya iaitu Kampung Tehel; Tanjung Laboh; Parit Lampung; Bemban; Ayer Panas; Kesang Jaya dan Kesang Tua bagi menyantuni golongan sasar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

484
Kongsi :
Previous post LINNAS 2025 MAIM BUKA JALAN ASNAF JANA PENDAPATAN
Next post ‘MHS THUNDERBOLTS’ SASAR 5 TERBAIK LIGA HOKI REMAJA MALAYSIA