
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MERIAH DI SELURUH NEGARA, SERLAH SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT
Mengangkat tema โMalaysia MADANI: Rakyat Disantuniโ, sambutan edisi ke-68 yang menyerlahkan semangatย perpaduan nasional sebagai tunjang kekuatan negara, diserikan dengan pelbagai acara istiadat, persembahan berwarna-warni serta perarakan penuh semangat membabitkan pelbagai lapisan masyarakat.
Pada setiap lokasi, sambutan disemarakkan dengan kibaran Jalur Gemilang, alunan lagu-lagu patriotik serta persembahan kebudayaan pelbagai kaum dan etnik, mencerminkanย keharmonian yang menjadi asasย keutuhan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka.
Diย PERAK, kira-kiraย 50,000 pengunjung memenuhi pekarangan Dewan Bandaran Ipoh di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, bagiย menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri yang diwarnai dengan persembahan termasuk koir, tarian, kebudayaan dan persembahan patriotik.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perakย Tuanku Zara Salim turutย berangkat ke sambutan itu yang menyaksikan perarakan dan perbarisanย melibatkan 107 kontinjen terdiri daripada 5,700 peserta daripada pelbagai agensi dan jabatan,ย pasukan beruniform, universiti awam, badan berkanun dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perak.
Diย KEDAHย pula, sambutan dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 40,000 pengunjung, menyajikanย acara terbang lintas hormat melibatkan aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), aksi penerjunan bebas oleh empat anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta perarakan dan perbarisan olehย 4,000 peserta daripada 119 kontinjen.
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff turut berangkat pada sambutan yang diadakan diย Dataran Medan Bandar, Alor Setar hari ini.
Sambutan diย PERLISย juga meriah denganย penyertaan sebanyak 2,820 ahli kontinjen perbarisan dan perarakanย termasuk pembawa Jalur Gemilang, selain 165 aset kenderaan diย laluan hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di Kangar.
Acara itu turut diserikan dengan keberangkatan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.
Diย PULAU PINANG, lebih 25,000 orang membanjiri pekarangan Stadium Batu Kawanย seawal 7 pagi bagi menyaksikan perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan peringkat negeri, melibatkanย 122 kontinjenย daripada jabatan, agensi negeri dan Persekutuan, badan berkanun, anak syarikat serta NGO.
Menariknya hadirin disajikan dengan persembahan khas Gendang Tiga Budaya oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) di bawah inisiatif Belia Berirama atau Youth With Rythm, menampilkan elemen muzik daripada tiga kaum majoriti di Malaysia, iaitu paluan kompang, gempita gendang perang serta keunikan irama gendang dol.
Yang Dipertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib dan isteri Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah,ย Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan isteri Tan Lean Keeย serta barisan kepimpinan negeri,ย ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan serta kenamaan negeri turut hadir padaย sambutan itu.
Diย PAHANG, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riโayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke sambutan Hari Kebangsaanย peringkat negeri di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 bersama ribuan pengunjung yang tiba sejak awal pagi.
Acara dimeriahkan menerusi perarakan 150 kontinjen dengan 82 kontinjen perbarisan dan 68 kontinjen berkenderaan, selainย penerbangan lintasan hormatย empat pesawat Sukhoi Su-30MKM dan aksi payung terjun.
Sambutan diย TERENGGANUย pula menyaksikan keberangkatanย Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidinย pada acara yang diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu.
Turut berangkat Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Datuk Seri Muhammad Muโaz dan Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Datuk Seri Fatimatuz Zahra,ย diiringi Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta barisan kepimpinan negeri.
Acara perarakan bermula kira-kita 9 pagi dengan menyaksikan sebanyakย 3,972 peserta daripada 122 kontinjen berarak melintasi pentas diraja dan memberikan tabik โhormat dirajaโ.
Sementara itu diย JOHOR, Majlis Perbarisan, Perarakan dan Perhimpunan Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 ย disambut meriah di Batu Pahat menyaksikan penyertaan 165 kontinjen, termasukย 127 kontinjen perbarisan, 33 ย perarakan kenderaan dan lima pancaragam.
Sambutan bermula 8 pagi itu turut dihadiri Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalidย sertaย kehadiran lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum.
Diย MELAKA, sambutan Hari Kebangsaanย peringkat negeri berlangsung meriah di Persiaran Jalan Merdeka Banda Hilir dengan kehadiran lebih 50,000 pengunjung dan turut dihadiriย Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustamย diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta barisan kepimpinan negeri, agensi dan jabatan.
Sejumlah 8,167ย peserta daripada 147 kontinjen terlibat dalam perbarisan tahun ini yang diserikan dengan perarakan 442 unit pelbagai jenis kenderaanย yang mempamerkan keupayaan dan kepelbagaian logistik jabatan/agensi kerajaan, pasukan keselamatan, badan beruniform serta sektor swasta.
Sambutan tahun ini turut mencatat sejarah apabila buat kali pertama acara lintas hormat udara melibatkan pesawat tempur Sukhoi dan pesawat angkut taktikal C130-H Hercules dilaksanakan denganย penuh gilang-gemilang, selainย acara penerjunan bebas oleh Pasukan 10 Briged (Para) dan Bomba serta Tarian Perang oleh Pasukan 10 Briged (Para).
Diย NEGERI SEMBILAN,ย lebih 30,000 pengunjung pelbagai lapisan masyarakat membanjiri pekarangan dataran Majlisย Bandaraya Serembanย seawal 3 pagi,ย yang turut menyaksikan keberangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud pada 8.15 pagi.
Sebanyak 87 kontinjen membabitkan 5,000 peserta menyertai perbarisan sambutan Hari Kebangsaan itu yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, pentadbiran daerah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sekolah dan institut pengajian tinggi serta syarikat swasta.
Selain kenderaan berhias dan pertunjukan aset-aset pertahanan, sambutan kali ini turut diwarnai dengan persembahan khas menerusi sketsa Operasi Bersepadu berteraskan pendekatanย Whole of Governmentย (menyeluruh kerajaan),ย Whole of Societyย (menyeluruh masyarakat) oleh anggota keselamatan.
Diย SABAH, sebanyak 169 kontinjen menyertai perarakan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025 Peringkat Negeriย yang berlangsung di Jalan Tun Fuad Stephens di sini, disaksikan ribuan pengunjung yang tibaย seawal 6 pagi hari ini.
Antara kontinjen perbarisan yang menyertai sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah termasukย Institut Kemahiran Teknikal Lanjutan (ADTEC) JTM Kampus Kota Kinabalu, Komander Kesatria Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Cawangan Sabah, Briged Putera Malaysia dan Persatuan Masyarakat Brunei Sabah.
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin, bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag, serta Menteri Kabinet Kerajaan Sabah, Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua jabatan Persekutuan dan negeri serta konsul-konsul negara asing menghadiri sambutan berkenaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


