
SIRI GEGARAN SEGAMAT: PEMANTAUAN STRUKTUR PERLU DIPERTINGKAT
Pensyarah KananĀ Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Ā Dr Mohd Zamri Ramli berkata walaupun gegaran yang berlaku dikategorikan sebagai lemah, kesan kumulatif daripada gegaran berulang boleh menyumbang kepada perkembangan retakan progresif pada struktur bangunan.
āGempa bumi pertama mungkin tidak memberi kesan besar, tetapi jika berlaku beberapa gegaran susulan, ia boleh menyebabkan retakan semakin merebak. Keadaan ini dikenali sebagaiĀ progressive cracking,ā katanya kepada Bernama selepas melakukan tinjauan bersama sekumpulan penyelidik susulan gegaran kecil di sini.
Beliau turut mencadangkan usaha pendidikan awam mengenai cara mengenal pasti dan memantau retakan di rumah, supaya masyarakat lebih bersedia dan peka terhadap tanda-tanda awal kerosakan struktur.
āIni penting bagi memastikan keselamatan penduduk, khususnya jika berlaku gegaran lebih kuat pada masa hadapan,ā katanya.
Sementara itu Pensyarah Kanan dari fakulti sama Prof Madya Ir Dr Mariyana Aida Ab Kadir berkata bahawa walaupun kerosakan yang dilaporkan kebanyakannya hanya melibatkan bahagian permukaan seperti plaster dan kemasan luar dan bukan struktur utama seperti tiang, pemantauan tetap perlu dijalankan secara sistematik.
Pemantauan ini bukan sahaja melibatkan pihak berkuasa seperti Jabatan Kerja Raya, tetapi turut digalakkan dalam kalangan pemilik bangunan.
āRetakan kecil mungkin tampak tidak membahayakan, tetapi ia boleh menjadi petunjuk awal kepada kelemahan struktur, lebih-lebih lagi bagi bangunan yang tidak direka bentuk secara kejuruteraan seperti rumah kampung,āĀ katanya.
Baru-baru ini Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan dipetik berkataĀ gempa bumi di Segamat yang berlaku sejak 24 Ogos lepas, setakat ini hanya menyebabkan keretakan kecil di limaĀ bangunan kerajaan di daerah itu.
Lima gegaranĀ direkodkan di Segamat bermula dengan kejadian pertama pada 6.13 pagi 24 Ogos dengan magnitudĀ 4.1; 8.59 pagi Rabu (3.2); 7.56 malam Khamis (2.5); 4.24 pagi JumaatĀ (3.4) dan 7.29 pagi pada SabtuĀ lepasĀ (2.7).
Sementara itu, satu gegaran direkodkan di Yong Peng, 28 kilometer Barat Laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada 24 Ogos. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.