Sorting by

×

‘ORANG JEPUN’ TERUJA MAIN DAM AJI

Masa Membaca:59 Saat

OSAKA, JEPUN 2 September – Menguji minda dan menyeronokkan. Itu reaksi warga Jepun apabila diberi peluang bermain permainan tradisional negara, dam aji.

Permainan yang diangkat darjatnya oleh Kerajaan Negeri Melaka itu dibawakan khas pada Minggu Melaka bersempena World Expo 2025 Osaka yang berlangsung selama seminggu.

Miyu, 22, ketika ditemui mengakui teruja dan seronok dapat bermain permainan rakyat itu ketika berkunjung ke Pavillion Malaysia.

“Permainan ini seakan catur, tetapi bagi saya ia sangat mencabar dan pada masa sama menyeronokkan kerana dapat mencuba permainan warisan dari Malaysia ini.

“Sudah pasti saya akan bercerita mengenai permainan ini kepada rakan-rakan dan keluarga saya kerana bagi saya permainan ini cukup unik,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dia yang juga pelajar sebuah institusi pengajian di Jepun turut memuji pelbagai tarikan yang ada di Pavillion Malaysia bersempena Minggu Melaka, termasuklah mengetengahkan tarian tradisional, selain pelbagai pameran menarik yang disediakan.

Malah, dia juga turut memasang impian untuk melancong ke Melaka suatu hari nanti selepas melihat pelbagai tarikan yang ada di negeri bersejarah yang juga bandaraya warisan dunia UNESCO itu.

MIYU ketika mencuba permainan dam aji di Thematic Corner Pavillion Malaysia bersempena World Expo 2025 Osaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1280
Kongsi :
Previous post KANAK-KANAK LELAKI DITEMUKAN LEMAS DALAM TAKUNGAN AIR
Next post 600 KEDAI DI JEPUN BAKAL JUAL JUS BUAH MELAKA