Sorting by

×

MELAKA PROMOSI INDUSTRI HALAL DI JEPUN

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

OSAKA, JEPUN 2 September – Melaka komited menjadi peneraju industri halal negara dengan mempromosikan aspek persijilan halal di World Expo 2025 Osaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu diambil susulan bagi menjadikan Melaka sebagai pusat halal yang serba lengkap dan moden.

Jelas beliau, ia juga selari dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadikan Melaka sebagai antara peneraju strategi halal negara.

“Menerusi ekspo ini, kita melihat bahawa banyak syarikat-syarikat di Jepun yang mahu memasarkan produk mereka ke Malaysia melalui Melaka.

“Di peringkat Kerajaan Negeri, kita juga sedia membantu mereka mendapatkan persijilan halal supaya ia dapat dipasarkan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Minggu Melaka bersempena World Expo 2025 Osaka di Pavillion Malaysia, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar serta lain-lain kenamaan.

Tambah Ketua Menteri, selain industri halal, Melaka juga komited untuk muncul sebagai hab serantau bagi tenaga hijau dan mobiliti elektrik; teknologi semikonduktor lanjutan; infrastruktur logistik pintar serta pelancongan lestari dan inklusif.

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan pelabur dan rakan strategik bukan hanya untuk berurus niaga, tetapi untuk membina masa depan bersama,” ujar beliau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

608
Kongsi :
Previous post WORLD EXPO 2025 OSAKA: MELAKA PERKUKUH KEDUDUKAN DI PENTAS DUNIA
Next post TIGA KEKUATAN MELAKA SEBAGAI HAB PELABURAN BERDAYA SAING