Sorting by

×

TIGA KEKUATAN MELAKA SEBAGAI HAB PELABURAN BERDAYA SAING

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

OSAKA, JEPUN 2 September – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menggariskan tiga kekuatan Melaka sebagai destinasi pilihan utama pelabur global ketika merasmikan Minggu Melaka pada World Expo 2025 Osaka, hari ini.

Menurut beliau, kekuatan itu berupaya menjadikan Melaka sebagai sebuah hab pelaburan berdaya saing.

Beliau memaklumkan, kekuatan pertama adalah lokasinya yang strategik iaitu terletak di antara Kuala Lumpur dan Singapura, selain turut berada di jajaran Selat Melaka, yang merupakan laluan perdagangan tersibuk dunia.

“Kekuatan kedua adalah bakat bertaraf dunia melalui institusi pengajian yang menghasilkan graduan TVET, kejuruteraan dan teknologi digital.

“Terakhir pula adalah berdasarkan rekod prestasi yang telah terbukti, di mana negeri ini telah menjadi lokasi untuk pelbagai syarikat dunia seperti Jepun, Jerman, Amerika Syarikat, China dan Jepun untuk bertapak,” kata beliau ketika berucap merasmikan Minggu Melaka di Pentas Utama Pavillion Malaysia.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar serta lain-lain kenamaan.

Menurut Ab Rauf, Melaka menyasarkan nilai pelaburan berjumlah RM10 bilion menjelang 2030 dengan beberapa projek utama akan diketengahkan.

Jelas beliau, projek tersebut adalah MCORP Hi-Tech Park, German Technology Park (GTP), ELKAY 2.0 dan Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

652
Kongsi :
Previous post MELAKA PROMOSI INDUSTRI HALAL DI JEPUN
Next post MISI TARIK PELANCONG JEPUN KE MELAKA