
Sriwijaya Air terhempas di Pulau Laki?
JAKARTA 10 Jan. – Pesawat komersial Sriwijaya Air yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Pontianak didakwa terhempas di sekitar kawasan perairan Pulau Laki.
Lapor Kompas.com, Ketua Daerah Kepulauan Seribu, Djunaedi mendakwa kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.30 waktu tempatan ketika menjawab soalan media yang mahukan pengesahan tentang insiden berkenaan
“Pesawat Sriwijaya dilaporkan terhempas di Pulau Laki berdasarkan maklumat daripada penduduk kampung setempat.
“Maklumat itu diperoleh daripada seorang nelayan yang ternampak letupan dan bebola api sebelum dia memaklumkan kepada penduduk lain,” katanya.
Sehubungan itu, pasukan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) dalam perjalanan ke lokasi nahas.
Terdahulu, pesawat model Boeing 737 dari Jakarta ke Pontianak berkenaan dilaporkan terputus hubungan pada jam 2.40 waktu tempatan ketika melintas ruang udara di daerah Kepulauan Seribu, Jakarta.
Maklumat awal menyatakan bahawa pesawat berkenaan membawa 56 penumpang yang terdiri daripada 46 orang dewasa, tujuh kanak-kanak dan tiga bayi.
Views:
Related


Berita Lain
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos - Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas...
OUM PILIHAN WARGA KERJA, OKU BINA KERJAYA SAMBIL BELAJAR
AYER KEROH 17 Ogos - Pembelajaran fleksibel, yuran pengajian yang kompetitif serta kemudahan pembelajaran dalam talian menjadikan Open University Malaysia...
POLIS SIASAT KES LELAKI DITUMBUK BERKAITAN TAPAK NIAGA
MELAKA 17 Ogos - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki yang ditumbuk di bahagian kepala, dipercayai berpunca daripada perselisihan...
JAKIM DEKATI REMAJA, TANGANI ISU SOSIAL
PENGKALAN BATU 17 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) ke seluruh...
INKLUSIVITI DESA FELDA HUTAN PERCHA PUKAU DELEGASI 18 NEGARA
BANDA HILIR 17 Ogos - Pengalaman tinggal bersama masyarakat Felda Hutan Percha memberi kesan mendalam kepada 20 peserta dari 18...
