
MPJ KONGSI REZEKI SEMPENA DEEPAVALI
JASIN 16 Oktober – Program Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Prihatin menceriakan 30 penerima yang bakal meraiman Sambutan Perayaan Deepavali tidak lama lagi.
MPJ menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan program terbabit merupakan platform mendidik masyarakat mengenai konsep kongsi rezeki.
Menurut hantaran, sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan dalam majlis berlangsung di Japerun Asahan, semalam.
Serahan kepada penerima turut melibatkan beberapa lagi lokasi lain dan dihadiri Setiausaha MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari serta barisan Ahli Majlis MPJ.
Jelas kenyataan, program tersebut juga merupakan simbolik keprihatinan MPJ terhadap golongan rentan yang bakal menyambut perayaan Deepavali pada 20 Oktober ini.
“Penyerahan bantuan berupa kit makanan ini diharap dapat meringankan bebanan penerima dalam membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali.
“Selain itu, program ini juga simbol perpaduan yang merentasi budaya dalam mengukuhkan ikatan persaudaraan dan keharmonian,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAZAR DI MELAKA TIDAK HAMBAR
PAYA RUMPUT 3 Mac - Dakwaan mengaitkan jualan peniaga Bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri ini terjejas susulan sambutan hambar...
KES CURI KABEL DI MELAKA MENURUN
AYER KEROH 3 Mac - Kes kecurian kabel di Melaka mencatat penurunan lebih 36 peratus tahun lalu apabila hanya 67...
‘PAY NOW CRUISE LATER’ TAWAR PENJIMATAN SEHINGGA 30 PERATUS
BANDARAYA MELAKA 3 Mac - Diskaun sehingga 30 peratus ditawarkan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi pembelian tiket...
MELAKA JAMIN BEKALAN AIR CUKUP, PARAS 3 EMPANGAN UTAMA MENINGKAT
AYER LIMAU 3 Mac - Paras air di tiga empangan utama Melaka kini di paras stabil, sekali gus menjamin bekalan...
MELAKA BAKAL MILIKI PAM BERGERAK TANGANI BANJIR TERMENUNG
PAYA RUMPUT 3 Mac - Masalah banjir termenung yang sering berlaku di beberapa kawasan dalam daerah Jasin dapat diatasi dengan...
MENARA KUBAH MASJID KETIGA TERTINGGI ADA DI KAMPUNG PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 3 Mac - Kampung Paya Rumput kini mempunyai satu lagi kebanggaan apabila memiliki sebuah menara kubah masjid ketiga...
