
WRUR: MPAG SANTUNI ORANG DURIAN TUNGGAL
ALOR GAJAH 27 Oktober – Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) akan turun padang bagi bersama-sama menjayakan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri bermula dengan siri pertama di DUN Kuala Linggi dan kini memasuki kali kesembilan di DUN Durian Tunggal MPAG akan terus memberikan sokongan bagi menjayakan inisiatif berkenaan.
“Saya mengajak semua ketua-ketua jabatan dan semua kakitangan MPAG untuk bersama-sama turun padang bagi mendengar denyut nadi rakyat dan menyelesaikan segala permasalahan yang mereka hadapi.
“Bukan sahaja MPAG begitu juga dengan semua kakitangan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, mari kita menjayakan WRUR DUN Durian Tunggal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Pentadbiran MPAG Bagi Bulan Oktober 2025 Dan Majlis Pelancaran Fast Lane Alor Gajah (FLAG) di Dewan Bougainvilla, MPAG, pada Jumaat.
Hadir sama Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Yang Dipertua MPAG, Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim; Setiausaha MPAG, Radzyma Mahat; Ketua Whip Ahli Majlis MPAG, Ghaffar Ngah, ketua-ketua jabatan serta kakitangan MPAG.
Semua PBT di Melaka turut diminta untuk turun padang bagi menjayakan WRUR menerusi penganjuran aktiviti atau inisiatif yang memberikan impak kepada rakyat dalam bentuk pembangunan fizikal atau sosial.
Sebagai contoh MPAG tampil dengan Program Masyarakat Di Hati MPAG iaitu khidmat komuniti PBT berkenaan kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


