Sorting by

×

NAIK TARAF BULATAN LUBUK CHINA DIMULAKAN 2026

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER LIMAU 26 Oktober – Bulatan Lubuk China yang kerap digenangi air pada musim banjir akan dinaik taraf, kata Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Hameed yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, berkata Bulatan yang juga laluan utama bagi penduduk tempatan dan ong ramai tinggal sekitar sempadan Negeri Sembilan akan dinaik taraf bermula tahun hadapan dengan anggaran kos RM3.2 juta.

“Naik taraf bulatan ini termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) menerusi ‘Rolling Plan’ 1 dan apabila siap nanti bakal mengatasi masalah gangguan lalu lintas seperti berlaku sebelum ini.

“Selain itu Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau turut menerima peruntukan Pengurusan banjir berjumlah RM1 juta hasil kesungguhan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perasmian Pesta Perarakan Perahu Berhias @Telok Berembang Sempena Festival Sungai Melaka yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Jeti Telok Berembang, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Shaharul Azuar Idris; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Lubuk China, Azmi Hashim.

Menurutnya peruntukan itu adalah bagi melaksanakan kerja-kerja seperti mendalam dan melebarkan Sungai selain membaiki tebing sungai yang runtuh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

487
Kongsi :
Previous post ROSLAN MADUN BAKAL CIPTA LAGU TENTANG MELAKA
Next post AMANAT KM BERI INSPIRASI CALON SPM MELAKA UNTUK CEMERLANG