Sorting by

×

WRUR DURIAN TUNGGAL SANTUNI 70 KELUARGA

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

DURIAN TUNGGAL 28 Oktober – Sekurang-kurangnya 70 keluarga akan disantuni sepanjang berlangsungnya program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal selama dua minggu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil berkata, meskipun ziarah kasih telah menjadi program rutin di DUN itu, namun ia diperluaskan lagi sempena WRUR DUN Durian Tunggal.

“Sempena WRUR kita akan terus menyantuni rakyat dan kita sasarkan setiap kampung sekurang-kurangnya lima buah rumah akan dipilih.

“Setiap hari saya bersama Exco terlibat akan turun ke kampung dan menyantuni keluarga terpilih serta menyampaikan sumbangan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata demikian selepas mengiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Program Ziarah Kasih sempena WRUR DUN Durian Tunggal, di Kampung Gangsa, di sini, semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Sapiah Haron dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Menurut Zahari, meskipun WRUR DUN Durian Tunggal baru bermula, namun ia telah mendapat reaksi positif dalam kalangan penduduk setempat.

“Sebelum bermulanya WRUR kami sudah membuat persiapan dengan membuat hebahan kepada masyarakat oleh itu ramai yang memberikan sokongan termasuk menyuarakan masalah dihadapi.

“Setiap hari program kita bermula dengan sarapan pagi bersama penduduk setempat dan kemudiannya diteruskan dengan sesi ‘town hall’ bersama Exco angkat yang sudah ditetapkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

630
Kongsi :
Previous post WRUR: SISTEMATIK DAN PRIHATIN, ZAHARI PASTIKAN TIADA YANG TERPINGGIR
Next post WRUR: SETAHUN TANPA BANJIR, PENDUDUK DURIAN TUNGGAL TARIK NAFAS LEGA