Sorting by

×

PENEMUAN KAPAL ABAD KE-13 BUKTI PENTING KEHEBATAN MARITIM MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 1 November – Penemuan rangka kapal dipercayai dari abad ke-13 yang ditemui di Pulau Melaka menjadi bukti kehebatan kerajaan Melaka suatu ketika dahulu.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Erne Hamsah berkata, penemuan itu merupakan sesuatu yang menarik kerana ia secara tidak langsung membuktikan penubuhan Melaka sejak tahun 1200.

Jelas beliau, apabila disahkan kelak, kapal berkenaan boleh menjadi antara bahan pameran dan pendidikan yang boleh diketengahkan bagi menonjolkan kehebatan Melaka bukan sahaja di darat, malah di lautan.

“Setakat ini di pihak PERZIM kita sudah memaklumkan penemuan ini kepada Kerajaan Negeri dan seterusnya kita melihat di mana arah terbaik untuk mengangkat penemuan ini.

“Kita juga akan berbincang supaya proses ekskavasi ini diteruskan memandangkan dana diperlukan untuk kita bergerak ke peringkat berikutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di tapak ekskavasi di Pulau Melaka, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara Ruzairy Arbi; Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA) merangkap Ahli Arkeologi Berdaftar (AAB) Jabatan Warisan Negara Drs. Mohd Nasruddin Rahman serta Ketua Projek Ekskavasi Muhammad Termizi Hasni.

Menurut Erne, sekiranya mendapat kelulusan, proses ekskavasi itu akan diteruskan ke fasa berikutnya dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

644
Kongsi :
Previous post WRUR: SK BELIMBING DALAM DAPAT BANGUNAN BAHARU
Next post WRUR: SAYUR SEGAR, MURAH DARI KEBUN KOMUNITI TAMAN ANGKASA NURI