Sorting by

×

MAPEX 2025: BELI RUMAH, BERPELUANG MENANG BAUCAR TUNAI RM5,000

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

AYER KEROH 4 November – Ekspo Perumahan dan Hartanah Malaysia (MAPEX) Melaka 2025 anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Cawangan Melaka (REHDA) yang sedang berlangsung hingga 9 November ini menawarkan baucar tunai bernilai RM5,000.

Pengerusi Penganjur MAPEX Melaka 2025 Datuk Sonny Tay Chor Han berkata, tawaran istimewa itu diberikan kepada 5 pembeli hartanah serta perumahan yang layak di mana setiap seorang bakal memenangi baucar tunai AEON bernilai RM1,000 setiap seorang.

Katanya, pameran kali ini mengumpulkan 15 pemaju hartanah dan melibatkan tawaran 37 projek perumahan pada harga serendah RM180,000 hingga RM2.6 juta.

“Secara keseluruhan, 37 projek perumahan tersebut membabitkan 2,057 unit hartanah dan sudah tentu pameran kali ini akan memberikan pelbagai pilihan buat bakal pembeli rumah.

“MAPEX 2025 turut disertai oleh wakil institusi perbankan iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi memudahkan para pengunjung untuk membuat urusan pembelian hartanah atau sebarang pertanyaan,” katanya pada sidang media MAPEX Melaka 2025 yang diadakan di pusat beli-belah AEON Ayer Keroh, pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi REHDA Melaka, Datuk Ngoh Chun How serta perwakilan jawatankuasa REHDA Melaka.

Majlis Perasmian MAPEX 2025 telah disempurnakan oleh Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Mengulas lanjut, Sonny memaklumkan, kesemua 2,057 unit hartanah dianggarkan bernilai RM1.029 bilion dan setiap projek dibangunkan di kesemua daerah di Melaka iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah serta Jasin dan satu daerah di Johor iaitu Muar.

“Di Daerah Alor Gajah sahaja, terdapat 141 unit, Jasin 779 unit, Melaka Tengah 1,125 unit dan Muar 12 unit.

“Buat warga Melaka dan mereka yang ingin memiliki rumah idaman, bolehlah datang ke MAPEX 2025 di AEON Ayer Keroh, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

536
Kongsi :
Previous post WRUR: SUP PAK KARIM KAMPUNG PANCHOR ADA ‘UMPHH’
Next post WRUR: SEPAKAT KEKALKAN AKTIVITI REWANG, PERTAHAN STATUS KAMPUNG TRADISIONAL