
WRUR: MPHTJ ARAHKAN PEMAJU ATASI SEGERA MENDAPAN TANAH
AYER KEROH 5 November – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan memastikan kejadian mendapan tanah melibatkan beberapa buah kediaman di Taman Angkasa Nuri, diambil tindakan segera oleh pihak pemaju.
Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata, beliau sendiri sudah turun padang ke taman perumahan itu untuk berjumpa dan meninjau kediaman terjejas.
“Berdasarkan pemantauan mendapan setakat ini tidak menyebabkan keretakan pada stuktur kediaman terlibat. Mendapan tanah mengakibatkan bahagian apron rumah terpisah dari longkang.
“Namun sebuah daripada kediaman mengalami keretakan tetapi disebabkan kerja-kerja ubah suai serta melencong daripada kelulusan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Sapiah berkata, MPHTJ juga telah meminta pengerusi taman berkenaan untuk mengumpul aduan bagi memboleh tindakan lanjut diambil.
“Pengerusi taman diminta untuk mengumpul aduan berkaitan keretakan pada rumah dan dihantar kepada pemaju untuk tindakan pembaikan.
“Kami di pihak MPHTJ, kami akan memantau aduan tersebut bagi memastikan tindakan dilaksanakan oleh pemaju dalam kadar segera,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25
ASAHAN 30 Jun - Rakyat Melaka berpeluang menikmati bufet durian premium dari jenis Musang King dan Block Thorn pada harga...
MEDIPULIH RANCANG BUKA EMPAT CAWANGAN BAHARU, PERLUAS AKSES PENJAGAAN KESIHATAN
TELOK MAS 30 Jun - MediPulih Melaka merancang untuk membuka sehingga empat lagi cawangan baharu di negeri ini dalam usaha...
URUSAN DENGAN KERAJAAN JADI LEBIH MUDAH MENERUSI HARI ADUAN RAKYAT
SERKAM 30 Jun - Hari Aduan Rakyat bukan sekadar medium untuk menyuarakan isu setempat, sebaliknya turut dimanfaatkan oleh orang ramai...
PENJUAL BUAH MAUT MOTOSIKAL TERBABAS LANGGAR TIANG ELEKTRIK
AYER MOLEK 30 Jun – Seorang penjual buah maut selepas motosikal ditunggang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang...
