Sorting by

×

WRUR: PENDUDUK KAMPUNG GANGSA, BELIMBING DAN PARIT MELAKA LEGA TERIMA SURAT KELULUSAN

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

DURIAN TUNGGAL 4 November – Ibrahim Kadir, 70, boleh menarik nafas lega apabila tapak rumah didiami di sejak lebih 40 tahun lalu bakal menjadi miliknya secara rasmi.

Pesara kerajaan ini antara 14 penerima melibatkan tanah rizab kereta api di Kampung Gangsa, Belimbing dan Parit Melana menerima surat kelulusan bagi Permohonan Tanah Kerajaan (PTK) dan Notis 5A.

Lebih istimewa apabila surat berkenaan disampaikan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Perasmian Projek Persimpangan Bulatan Pantai Belimbing dan Penyerahan Surat Kelulusan PTK sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, di sini, hari ini.

Bapa kepada tujuh anak dan 10 cucu ini berkata, penantiannya kini juga berakhir selepas sekian lama menunggu dan beberapa permohonan dihantar sebelum ini tidak menemui penyelesaian.

“Sekarang saya berasa amat lega, tidak lagi memikirkan hal status tanah. Bukan apa rumah berkenaan adalah tempat tumpah darah tujuh anak saya, banyak memori yang saya termasuk melihat semua zuriat membesar hingga sudah ada cucu.

“Ada juga kenangan pahit apabila rumah tempat kami anak-beranak berteduh terbakar. Mungkin ini akan peninggalan saya untuk anak-anak selepas ini,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.

Sementara Khairulnizam Yusup, 45, dari Kampung Gangsa turut berkongsi kegembiraan apabila menerima surat kelulusan berkenaan.

“Alhamdulillah lega dan gembira kerana permohonan diluluskan, terima kasih kepada semua pihak yang memudahkan urusan kami semua,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

392
Kongsi :
Previous post WRUR: KETUA MENTERI KOTAKAN JANJI, IMAM MD YUSOF TERIMA KERUSI RODA ELEKTRIK BAHARU
Next post MUHAMMAD ZAHIRUDDIN ANGKAT SUMPAH YANG DIPERTUA MPJ