
BUSANA ARAB ILHAM NENEK BAWA TUAH
LENDU 21 Disember – Cetusan idea nenek, membawa tuah buat Amiza Tun Salmiah Mohamad Sukor, apabila dia diumumkan johan kategori busana menarik pada Larian Etnik Budaya bersempena Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita berlangsung di Taman Rekreasi Bukit Beringin.
Teruja dengan kemenangan diraih, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi ini berkata, dia menggayakan busana bertemakan Arab seperti yang dicadangkan oleh neneknya.
“Pakaian ini sudah sedia ada jadi saya tidak mengeluarkan sebarang kos, terima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka, khusus Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf kerana menganjurkan karnival yang hebat ini untuk orang Masjid Tanah,” katanya ketika ditemui di tapak karnival hari ini.
Dia berasal dari Bukit Apit Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menyertai larian berkenaan bersama kakak Amiza Tun Sadiaf Mohamad Sukor, 14 dan adik lelaki, Muhammad Iman Firdaus Mohamad Sukor, 11.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHANΒ TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
ANAK-ANAK AUTISME ‘CABAR DIRI’ NAIK PERKHIDMATAN AWAM
AYER KEROH 19 Ogos - Seramai 13 kanak-kanak autisme diberi pendedahan berhubung cara menggunakan perkhidmatan awam Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)...
