Sorting by

×

PENGUNJUNG KAGUM KETANGKASAN KOMANDO

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

KLEBANG 28 Disember – Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas (RGK) Ke-60 yang dianjurkan buat julung kali di kawasan awam mendapat reaksi hangat daripada pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan sendiri ketangkasan pewira komando dan pelbagai jenis aset milik Tentera Darat Malaysia.

Tinjauan Melaka Hari Ini di Encore Melaka mendapati orang ramai memenuhi lokasi sambutan seawal jam 7 pagi, dengan jumlah pengunjung terus meningkat walaupun cuaca mula mendung dan hujan.

Img 20251228 wa0004
MUHAMMAD Shariz Haiqal.

Seorang pengunjung dari Senai, Johor, Muhammad Shariz Haiqal Mohd Sharin, 24, berkata dia bersama keluarga hadir seawal pagi untuk melihat sendiri demonstrasi tempur khas pasukan elit.

“Saya memang teruja apabila dimaklumkan RGK akan buat program di Melaka, tambah pula ini julung kali diadakan, memang wajib pergi.

“Bertepatan dengan cuti sekolah, saya bawa sekali keluarga untuk melihat aset tentera secara dekat dan lebih menarik lagi, demonstrasi taktikal yang penuh aksi mencabar, memang mengagumkan.

“Pada saya, program ini boleh diangkat menjadi acara tahunan; mungkin tahun ini Gerak Khas, tahun hadapan boleh jemput rejimen lain pula,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Encore Melaka di sini hari ini.

Img 20251228 wa0005
NOR Ain Elina.

Nada sama turut disuarakan pengunjung dari Mersing, Johor, Nor Ain Elina Nasaruddin, 27, YANG memanfaatkan cuti untuk berkunjung ke Melaka.

“Menerusi program ini, saya paling teruja melihat bot tentera serta beberapa kenderaan dan aset tentera unik yang jarang dipertontonkan, termasuk semasa perarakan Hari Kebangsaan.

“Program sebegini memberi peluang orang awam berinteraksi secara langsung dengan anggota pasukan elit, sekali gus meningkatkan kefahaman tentang latihan komando dan menghargai jasa mereka,” katanya.

Sambutan Jubli Intan RGK Ke-60 akan diteruskan sehingga 31 Disember, bersempena pelancaran Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Ambang Tahun Baharu 2026, sekali gus menjadikan Melaka sebagai lokasi tumpuan aktiviti menarik rakyat dan pelancong.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

411
Kongsi :
Previous post 73 ANAK PAYA RUMPUT SERTAI KHATAN PERDANA PERCUMA
Next post YB ALONG TAJA 159 ANAK-ANAK ASAHAN, REMBIA KHATAN PERCUMA