
RAKYAT MELAKA DIMINTA BERHATI-HATI SUSULAN CUACA TIDAK MENENTU
PAYA RUMPUT 28 Disember – Penduduk Asahan, dinasihatkan agar berhati-hati susulan kejadian banjir kilat yang melanda dua kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu semalam.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, kejadian banjir kilat tersebut berpunca daripada taburan hujan yang tinggi ketika ini.
“Semalam, dua kawasan yang terjejas akibat banjir kilat adalah Kampung Sungai Dua, Asahan dan Taman Sri Hilir, Batang Melaka.
“Susulan itu, saya ingin berpesan kepada orang ramai, supaya sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga dan berhati-hati kerana cuaca ketika ini tidak menentu.
“Taburan hujan semalam juga berlaku dengan kadar yang tinggi untuk seketika sebelum kembali reda,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom Berkhatan Peringkat (DUN) Paya Rumput 2025 di Dewan Masjid As-Solihin, Paya Rumput, di sini, hari ini.
Menurutnya, sekiranya berlaku sebarang kejadian, orang ramai diminta segera mematuhi arahan daripada pihak berkuasa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CIPTA APLIKASI BAHASA INGGERIS, MURID PPKI RANGKUL GELARAN JOHAN
AYER KEROH 18 Ogos - Kesukaran menguasai Bahasa Inggeris mendorong murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Paya...
RM20 JUTA ATASI ‘SALIRAN BERMASALAH’ DI MELAKA
AYER LIMAU 18 Ogos - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM20 juta bagi kerja menaik taraf sistem saliran di Melaka, termasuk...
PHONM PENH CROWN JUARA KEJOHANAN PIALA TYT MELAKA
AYER KEROH 18 Ogos - Phnom Penh Crown FC (PPCFC) muncul juara Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament...
KOS RAWATAN TINGGI, MAIM RINGANKAN BEBAN PESAKIT KRONIK
AYER KEROH 18 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus membantu meringankan beban keluarga yang berdepan kos rawatan penyakit...
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI DIGILAP JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
KUALA LINGGI 18 Ogos - Lebih banyak lokasi menarik sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi akan dibangunkan dan ditransformasikan...
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
