
PEMBAYARAN TANPA TUNAI DI KAUNTER MPAG BERMULA 1 JANUARI 2026
ALOR GAJAH 30 Disember – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) akan mula beralih kepada pembayaran tanpa tunai (cashless) bermula 1 Januari 2026.
Yang Dipertua MPAG Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan di semua kaunter MPAG.
Jelas beliau, orang ramai yang berurusan di kaunter dinasihatkan untuk mengaktifkan kad kredit, kad debit dan perbankan dalam talian bagi memudahkan urusan pembayaran di kaunter.
“Transaksi tanpa tunai ini akan terpakai di semua kaunter MPAG membabitkan pelbagai urusan.
“Terdapat beberapa kaedah boleh digunakan, antaranya kad debit, kad kredit atau pembayaran respons pantas (QR Pay),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut TPr. Saifuddin, inisiatif tanpa tunai itu diperkenalkan selari dengan program ‘Cashless Melaka’ atau Melakaku Tanpa Tunai yang diperkenal bagi menghebatkan agenda digital negeri.
“Ia secara tidak langsung menjadi antara usaha menggalakkan rakyat berurus niaga tanpa tunai di negeri ini, sekali gus merealisasikan hasrat Melaka menuju Bandaraya Warisan Dunia canggih dan pintar menjelang 2035.
“Pada masa sama, program ini juga menyahut agenda transformasi digital negara secara berfokus dan holistik,” ujar beliau.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KUTIPAN ZAKAT MELAKA MELONJAK, KEKAL SIFAR MISKIN TEGAR – KM
AYER KEROH 3 April - Prestasi kutipan zakat Melaka menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila mencecah RM415 juta dalam tempoh tiga tahun....
BACAAN YASIN DAN DOA KESYUKURAN IRINGI 3 TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
AYER KEROH 2 April - Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Kesyukuran antara pengisian disusun sempena tiga tahun kepimpinan Datuk Seri...
34 PROJEK PR1MA DIKATEGORIKAN ‘SAKIT’ SIAP SEPENUHNYA
KLEBANG 2 April - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan semua projek perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang sebelum...
LEBIH 21,000 RUMAH MAMPU MILIK SUDAH DIBINA DI MELAKA
KLEBANG 2 April - Lebih 21,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) telah siap dibina di seluruh Melaka sehingga Mac 2026...
18 LOJI WTE DIRANCANG DIBINA MENJELANG 2040
SUNGAI UDANG 2 April - Pendekatan inovatif seperti teknologi Waste-to-Energy (WtE) amat bermanfaat sebagai pemacu utama dalam merealisasikan agenda Sifar...
TEKNOLOGI WTE ATASI CABARAN KAPASITI TAPAK PELUPUSAN
SUNGAI UDANG 2 April - Kemudahan berteknologi tinggi pengurusan sisa pepejal Loji Waste-to-Energy (WtE) Sungai Udang berupaya membantu mengurangkan cabaran...
