Sorting by

×

MELAKA TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN – PENGUNJUNG

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

KLEBANG 1 Januari – Kepelbagaian program dan persembahan kebudayaan yang disediakan Kerajaan Negeri sepanjang 2025 sehinggalah Ambang Tahun Baharu 2026  tidak pernah menghampakan.

Itu reaksi pengunjung yang hadir pada Sambutan Tahun Baharu 2026, Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas 2025 di Encore Melaka, di sini, malam tadi.

Bagi pengunjung Marzi Sualini Kasim, 42, berkata, setiap tahun pasti akan ada kelainan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri khususnya kepada pengunjung dan menjadi tarikan untuk orang ramai datang berkunjung.

“Selain dapat menyaksikan persembahan kebudayaan, pengunjung juga berpeluang menyaksikan penampilan artis tanah air membuat persembahan.

“Malah untuk tahun ini kelainan yang ditampilkan apabila kami dapat menyaksikan secara terus demonstrasi ketenteraan.

“Menariknya juga, kami pengunjung disediakan dengan pelbagai juadah percuma yang boleh didapati dari gerai yang disediakan,” katanya ketika ditemui di Encore Melaka.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung Norizan Lamin, 58, berkata, hampir setiap tahun dia dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk hadir menyaksikan Sambutan Tahun Baharu.

“Boleh katakan setiap tahun apabila datang tidak pernah menghampakan dan pastinya penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza amat ditunggu-tunggu.

“Malah inisiatif Kerajaan Negeri yang turut menyediakan makanan percuma kepada pengunjung merupakan pendekatan amat baik sekaligus memudahkan mereka yang datang,” katanya yang datang dari Nyalas.

Terdahulu, majlis penuh warna-warni itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abdul Rahman.

Turut memeriahkan majlis, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz.

Yang turut hadir, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

361
Kongsi :
Previous post INSIDEN HELIKOPTER: SEORANG PEGAWAI TLDM DIRAWAT DI UNIT RAWATAN RAPI
Next post INSIDEN HELIKOPTER: LATIHAN BERULANG KALI, KEJADIAN DI LUAR JANGKA