
BANJIR PULIH, PPS SK PARIT PENGHULU DITUTUP
SUNGAI RAMBAI 1 Januari – Bencana banjir yang melanda dua buah kampung di Sungai Rambai pulih sepenuhnya, hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka memaklumkan, situasi terbaharu itu menyaksikan kesemua mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Jelas kenyataan itu, PPS SK Parit Penghulu yang dibuka sejak 29 Disember lalu secara rasminya ditutup pada jam 2.03 petang.
Sebelum ini, seramai 36 mangsa daripada lapan buah keluarga dari Kampung Parit Perawas dan Kampung Tasek Benteng terpaksa dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air.
Banjir itu dipercayai berpunca daripada limpahan lembangan sungai di kawasan Segamat selain faktor cuaca yang sukar dijangka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
