
MASKOT SIGUA PPSPM CERIAKAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SK PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 12 Januari – Suasana hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rumput hari ini meriah dan penuh ceria apabila murid Tahun Satu dan prasekolah disambut maskot Sigua Perbadanan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).
Kehadiran maskot tersebut nyata mencuri perhatian dan mengurangkan debaran dalam kalangan murid-murid yang pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan.
Lebih menarik lagi, maskot Sigua yang mesra turut mencetuskan senyuman dan keterujaan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka.
Tinjauan Melaka Hari Ini di sekolah terbabit mendapati murid-murid Tahun Satu gembira melihat maskot Sigua menyambut kehadiran mereka dalam suasana persekitaran baharu.
PPSPM turut mengedarkan lebih 300 ‘fridge magnet’ kepada murid-murid dan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF SAYANG, JAGA ABANG RIDER MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Atas dasar semangat sayangkan rakyat, kini satu persatu beban membelenggu pekerja gig khusus di Masjid...
TOK RAUF MAHU RIDER MELAKA DILINDUNGI CARUMAN PERKESO
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Usaha memastikan pekerja gig seperti penunggang e-hailing dan p-hailing dilindungi menerusi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial...
RIDER MASJID TANAH BAKAL NIKMATI PENJIMATAN ‘SERVIS’ MOTOSIKAL LEBIH 50 PERATUS
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Lebih 600 penunggang e-hailing dan p-hailing dalam Parlimen Masjid Tanah bakal menikmati penjimatan kos penyelenggaraan...
PRN MELAKA: SENARAI CALON BN SUDAH LENGKAP, AKAN DIUMUMKAN BILA-BILA MASA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka sudah melengkapkan senarai nama calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri...
‘KUIH BANTAL, LEPAS MAKAN TERUS RASA NAK TIDUR’
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Bagi mereka baru pertama kali menjamah kuih bantal, pasti menyangka nama yang unik itu adalah...
BUKAN SEKADAR ILMU, MAIM BANTU ANAK ASNAF BINA JARINGAN MASA DEPAN
BUKIT KATIL 16 Oktober - Peluang membina jaringan kenalan baharu menjadi antara manfaat yang ingin diketengahkan menerusi Himpunan Bitara Majlis...
