Sorting by

×

MCORP BENTUK PASUKAN BERPRESTASI TINGGI

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 14 Januari – Perbadanan Melaka (MCORP) menekankan kepentingan latihan berkualiti bagi kakitangan dan anak-anak syarikatnya sebagai langkah memperkukuh kecekapan serta membina pasukan berprestasi tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif MCORP Datuk Mohd Yusof Abu Bakar berkata, setiap kakitangan memiliki kelebihan tersendiri yang perlu dikenal pasti dan dibangunkan melalui latihan sesuai bagi memacu kejayaan organisasi.

“Saya minta di peringkat MCORP dan anak syarikat supaya meningkatkan kecekapan kakitangan dengan latihan mencukupi.

“Setiap individu ada kelebihan tersendiri dan kita perlu meletakkan mereka di posisi yang tepat supaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Peringkat MCORP Bersama Kumpulan Syarikat di Hotel MITC, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi MCORP Muhammad Ridzwan Yap Abdullah serta barisan pengurusan tertinggi MCORP dan anak-anak syarikat.

Menurutnya, latihan yang sistematik juga bertujuan mencipta satu identiti dan keunikan MCORP seterusnya membawa organisasi ke tahap lebih tinggi.

“Kita mesti ada standard kualiti yang lebih tinggi dan berani pergi lebih jauh. Semua kakitangan MCORP juga perlu menanam semangat kecintaan terhadap organisasi selain memupuk rasa bangga terhadap organisasi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

309
Kongsi :
Previous post JAPERUN TABOH NANING BANTU PELAJAR KURANG MAMPU BAYAR YURAN SEKOLAH
Next post PROMOSI PRODUK PELANCONGAN MELAKA DI WTCKL