Sorting by

×

ALASAN LUPA PERBAHARUI LESEN ANTARA PENYUMBANG KOMPAUN TINGGI MPHTJ TAHUN 2025

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 21 Januari – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) melaksanakan lebih 4,000 operasi kompaun terhadap premis perniagaan sepanjang tahun 2025, dengan nilai mencecah RM300,000.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata, kompaun tertinggi dicatatkan RM1,000 bagi premis bangunan yang beroperasi tanpa lesen, manakala premis penjaja dikenakan kompaun sekitar RM250.

Katanya, kompaun juga dikeluarkan ke atas kerja tanah pemaju yang tidak mengikut spesifikasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Alasan terlupa memperbaharui lesen tidak boleh diterima kerana semua premis telah diingatkan awal setiap hujung tahun. Pemilik premis perlu mengetahui kewajipan mereka sebelum beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MPHTJ dan Amanat Tahun 2026 di Kompleks Melaka Mall, di sini, 15 Januari lalu.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Sapiah turut menegaskan bahawa pendekatan itu diambil bagi memastikan setiap premis beroperasi secara sah dan mematuhi peraturan PBT.

“Kita mahu semua pemilik premis faham tanggungjawab mereka. Tindakan ini bukan untuk menyusahkan tetapi memastikan perniagaan berjalan dengan teratur dan selamat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1893
Kongsi :
Previous post MBMB PASTIKAN BANDARAYA MELAKA BERADA DI TAHAP TERBAIK, BANTU GAMIT LEBIH RAMAI PELANCONG
Next post MELAKA SEDIA PLATFORM BANTU IBU BAPA HADAPI CABARAN DUNIA SIBER