Sorting by

×

KAMPUNG DIGITAL: JPN MELAKA TERIMA 4,035 PERTUKARAN ALAMAT

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 21 Januari – Seramai 4,035 penduduk Melaka telah memohon penukaran alamat bagi tempoh Januari hingga Disember 2025 hasil pelaksanaan inisiatif Kampung Digital oleh Kerajaan Negeri.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka Mohd Dzulkarnain Baharuddin berkata, inisiatif yang diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh itu terus mencatatkan peningkatan permohonan penukaran alamat.

“Kami jangka lebih ramai akan tampil melakukan permohonan pertukaran alamat sepanjang tahun ini. Proses penukaran alamat Kampung Digital tidak melibatkan sebarang kos dan berjalan hingga hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Bil 1/2026 dan Perutusan Amanat Pengarah Pendaftaran Negeri (PPN) Melaka sempena Tahun Baharu 2026 di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Dzulkarnain memaklumkan penduduk yang mahu menukar alamat hanya perlu membawa surat pengesahan penukaran alamat Kampung Digital dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah begeri ke mana-mana pejabat JPN berhampiran.

Tambahnya, secara keseluruhan lebih 100,000 penduduk dijangka terlibat dengan inisiatif Kampung Digital yang mana JPN turut mengambil kira bilangan kampung tradisi serta jumlah ahli dalam setiap isi rumah.

“Penukaran alamat secara percuma ini diteruskan bagi menggalakkan rakyat Melaka mengemas kini maklumat alamat masing-masing,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

450
Kongsi :
Previous post KEMASUKAN AWAL KE TAHUN 1: PERKUKUH SISTEM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Next post TERPEDAYA TAWARAN BAIKI MESIN BASUH, OPERATOR KILANG RUGI HAMPIR RM9,000