
TERPEDAYA TAWARAN BAIKI MESIN BASUH, OPERATOR KILANG RUGI HAMPIR RM9,000
AYER KEROH 21 Januari – Seorang operator kilang wanita kerugian hampir RM9,000 selepas dipercayai terpedaya dengan tawaran membaiki mesin basuh tidak wujud pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa berusia 37 tahun itu dipercayai terpedaya selepas menemui iklan membaiki mesin basuh di laman sosial Facebook sebelum menghubungi talian WhatsApp yang tertera.
“Ketika menghubungi talian tersebut dia telah diberikan satu pautan untuk membuat bayaran deposit sebanyak RM8 sebagai tempahan.
“Bagaimanapun selepas mangsa menekan pautan tersebut, dia mendapati telah berlaku tiga transaksi pengeluaran wang daripada akaun banknya dengan jumlah keseluruhan RM8,800 tanpa kebenaran pengadu,” katanya.
Menurut Christopher, menyedari dirinya ditipu mangsa yang tinggal di Kampung Tun Razak Bukit Katil kemudian tampil membuat laporan polis.
“Siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan selain permohonan maklumat kepada syarikat telekomunikasi juga telah dipohon.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AUNM 2026 PENTAS TERTINGGI IKTIRAF USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 13 Jun – Lebih 100 usahawan dari seluruh Melaka telah mengemukakan permohonan bagi merebut peluang untuk dinobatkan sebagai penerima...
MELAKA ANJUR LEBIH 400 PROGRAM PERPADUAN, PUPUK KEHARMONIAN KAUM
PENGKALAN BATU 13 Jun - Sejak 2023 hingga 2026, lebih 400 program dan aktiviti berteraskan perpaduan telah dianjurkan di Negeri...
WRUR JADI PLATFORM PEMUDAH CARA HIDUP RAKYAT
KESIDANG 13 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang bukan sekadar platform mendengar aduan...
MELAKA PERUNTUK RM72.4 JUTA PERKASA WANITA, KELUARGA DAN KOMUNITI
PENGKALAN BATU 13 Jun - Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda kebajikan dan pembangunan sosial apabila memperuntukkan sebanyak RM72.4 juta bagi...
KAD RAHMAH MEDIPULIH BANTU RINGANKAN KOS RAWATAN
KESIDANG 13 Jun - Inisiatif Kad Rahmah Bloom Mekar oleh Klinik MediPulih diperkenalkan bagi membantu golongan B40 dan warga emas...
RM1 JUTA NAIK TARAF RUMAH PANGSA DUN KESIDANG
KESIDANG 13 Jun – Kualiti hidup ribuan penduduk rumah pangsa di DUN Kesidang terus menjadi keutamaan apabila kawasan itu menerima...
