Sorting by

×

60,000 ‘HEALING’ DI TANJUNG TUAN

Masa Membaca:55 Saat

KUALA LINGGI 22 November – Dianggarkan hampir 60,000 pengunjung telah menjadikan Taman Eko-Rimba Tanjung Tuan sebagai destinasi pelancongan sepanjang tahun lalu.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, kawasan tersebut kini menjadi antara destinasi popular bagi kaki ‘hiking’ memandangkan puncak Bukit Batu Putih itu menawarkan panorama pemandangan indah luar biasa.

Meskipun Tanjung Tuan terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan, namun beliau memaklumkan Tanjung Tuan merupakan kawasan yang tertakluk di bawah Negeri Melaka.

“Tanjung Tuan dahulu dikenali sebagai Cape Rachado yang membawa maksud ‘tanjung yang pecah’ dalam bahasa Portugis.

“Kini kawasan ini menjadi tumpuan ramai terutamanya mereka yang mahu ‘healing’ layan panorama matahari terbenam dan melihat keunikan rumah api di sini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau.

Terdahulu, Abdul Razak bersama barisan Exco Kerajaan Negeri dan wakil pelbagai agensi mengiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengadakan lawatan ke Taman Eko-Rimba Tanjung Tuan.

Pada sesi lawatan itu, semua kenamaan telah diberikan taklimat berkenaan hutan lipur itu oleh Jabatan Perhutanan Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

508
Kongsi :
Previous post ‘ZOOMANJI’ @ ZOO MELAKA TAWAR KESERONOKAN AKTIVITI BERKUMPULAN
Next post MPAG BAKAL NAIK TARAF TAMAN REKREASI POH AH TIAM