
MAIM BIMBING PASANGAN MUALAF JADI KELUARGA BAHAGIA
BANDARAYA MELAKA 27 Januari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan penting dalam membimbing saudara baharu di negeri ini menerusi pelbagai inisiatif dan program.
Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, bahkan pasangan mualaf yang baharu mendirikan rumah tangga juga turut dibantu.
Pada 24 dan 25 Januari lalu, seramai 16 pasangan mualaf telah menyertai Kursus Keluarga Bahagia Pasca Perkahwinan Mualaf Negeri Melaka yang dianjurkan MAIM.
MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, program itu diadakan bertujuan mendidik dan membimbing pasangan mualaf yang baru mendirikan rumah tangga memahami hukum-hakam dan tanggungjawab dalam melayari bahtera perkahwinan serta hak-hak pasangan dalam Islam.
“Menerusi program ini, ia secara tidak langsung diharap dapat membantu pasangan saudara baharu ini mengharungi alam rumah tangga dengan penuh keberkatan dan keredaan Allah SWT,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, kursus tersebut telah dirasmikan Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis dan turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAIM, Datuk Mohd Nordin Samah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IBU BAPA HARGAI SOKONGAN TOK HAMEED TERHADAP ANAK ISTIMEWA
AYER LIMAU 31 Oktober - Sokongan kepada keluarga yang membesarkan anak berkeperluan khas amat bermakna, terutama apabila kos penjagaan dan...
PRN MELAKA: HELMY BAWA ‘KAD PRESTASI’ KE GELANGGANG DUYONG
DUYONG 1 November - Rekod perkhidmatan sepanjang lima tahun lalu menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Noor Helmy...
PRN MELAKA: ‘AH SEM’ CALON NOMBOR 1 DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem atau lebih dikenali...
PRN MELAKA: BILIK GERAKAN SPRM BEROPERASI 24 JAM
AYER KEROH 31 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya...
PRN MELAKA: 65 CALON LELAKI, 14 WANITA BERTANDING DI 28 KERUSI DUN
AYER KEROH 31 Oktober - Persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: JASMINE MAHU ANAK MUDA KEMBALI BERKARYA DI BANDAR HILIR
AYER KEROH 31 Oktober - Meskipun diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N22 Bandar...
