Sorting by

×

KAK SOM JADIKAN AGENDA SANTUNAN RAKYAT RUTIN DI PENGKALAN BATU

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PENGKALAN BATU 1 Februari – Program Hari Bertemu Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu akan diteruskan sepanjang 2026 bagi membolehkan aduan atau cadangan penduduk disampaikan secara langsung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin berkata, seperti tahun sebelumnya, Hari Bertemu Rakyat diadakan pada setiap Jumaat bermula seawal jam 9 pagi di Kompleks Japerun Pengkalan Batu.

“Inisiatif ini diteruskan bagi memudahkan mereka yang mempunyai sebarang aduan atau pemasalahan tampil menyalurkan kepada kami untuk diambil tindakan.

“Menerusi inisiatif ini banyak pemasalahan dapat diatasi dan diselesaikan justeru itu kita teruskan pada tahun ini.

“Program ini bukan sekadar pertemuan, malah menjadi saluran komunikasi dua hala antara rakyat dan pimpinan selain bagi memastikan kebajikan serta kepentingan penduduk terus diberi keutamaan,” katanya.

Kalsom yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri berkata, selain Hari Bertemu Rakyat, pihaknya juga akan menjadikan ziarah kasih sebagai program rutin dalam menyantuni penduduk DUN Pengkalan Batu.

“Ini adalah agenda yang cukup dekat dihati kita semua sejak dulu lagi malah ini antara pendekatan turun padang bukan sahaja untuk menyantuni rakyat malah mengeratkan hubungan antara pimpinan dan masyarakat.

“Kita akan menyantuni sekurang-kurangnya lima buah rumah atau keluarga dalam satu hari dan menerusi kunjungan ini kami dapat mendengar sendiri permasalahan dihadapi serta memahami keperluan penduduk setempat, khususnya golongan memerlukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

664
Kongsi :
Previous post MELAKA SASAR REALISASI PUSAT KECEMERLANGAN TVET TAHUN INI
Next post HAMPIR 350,000 PELANCONG ANTARABANGSA NIKMATI MELAKA RIVER CRUISE