Sorting by

×

HAMPIR 350,000 PELANCONG ANTARABANGSA NIKMATI MELAKA RIVER CRUISE

Masa Membaca:58 Saat

DUYONG 1 Februari – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merekodkan kehadiran seramai 343,568 pelancong antarabangsa menikmati Melaka River Cruise sepanjang tahun 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata jumlah terbabit bersamaan dengan 40.86 peratus daripada jumlah keseluruhan pengunjung.

Katanya, jumlah itu membuktikan produk PPSPM, bot Mslaka River Cruise kekal relevan sebagai tarikan pelancong luar negara ke negeri ini.

“Kehadiran pelancong asing menyelusuri dan menikmati keindahan Sungai Melaka menaiki Melaka River Cruise menunjukkan peningkatan yang konsisten.

“Pencapaian ini merupakan penambahbaikan berterusan terhadap produk, perkhidmatan serta pengalaman pelancong,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata pada tahun 2026, PPSPM menyasarkan peningkatan sekitar 10 peratus kehadiran pelancongan antarabangsa berbanding tahun lepas.

“Tahun ini kita menyasarkan kehadiran 377,925 pelancong antarabangsa iaitu dengan peningkatan 10 peratus dari tahun 2025.

“Sasaran ini realistik dan selari dengan usaha promosi agresif yang dilaksanakan, termasuk kerjasama strategik bersama agensi pelancongan serta penggiat industri pelancongan,” katanya.

Tambahnya, pelbagai aktiviti, promosi dan penambahbaikan akan dilaksanakan pada tahun 2026 bagi menggamit kehadiran lebih banyak pengunjung luar bagi menyokong Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

165
Kongsi :
Previous post KAK SOM JADIKAN AGENDA SANTUNAN RAKYAT RUTIN DI PENGKALAN BATU
Next post MAIM PERUNTUK RM19 JUTA BAGI PEMBANGUNAN MUALAF 2026