Sorting by

×

MAIM PERUNTUK RM19 JUTA BAGI PEMBANGUNAN MUALAF 2026

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDARAYA MELAKA 2 Februari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan Zakat Mualaf sebanyak RM19 juta bagi pembangunan mualaf di negeri ini pada tahun ini.

Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah berkata, peruntukan itu meningkat berbanding RM16.5 juta tahun lalu.

Katanya, peningkatan itu sekali gus menjadi manifestasi komitmen berterusan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan dan pembangunan mualaf secara menyeluruh.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM2.01 juta telah diperuntukkan bagi kos pengurusan kelas mualaf, manakala kadar elaun kehadiran kelas kekal RM35 bagi setiap sesi pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Muallaf Negeri Melaka Tahun 2026 di sebuah hotel, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Pegawai Khas MAIM Datuk Wira Md Rawi Mahmud; Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Zohaimee Mohd Sori; Pengurus Baitulmal MAIM Mohd Hairulamin Mohd Sis dan Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM Mohd Nasir Wahab dan kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Rosli berkata melalui sinergi berterusan di antara MAIM, Bahagian Balai Islam, rakan strategik, guru pembimbing dan masyarakat setempat ia diharap dapat menyantuni mualaf secara holistik.

“Kita berharap dapat membina ekosistem dakwah yang bukan sahaja menyantuni mualaf, malah dapat memartabatkan mereka sebagai tonggak kekuatan ummah pada masa depan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

534
Kongsi :
Previous post HAMPIR 350,000 PELANCONG ANTARABANGSA NIKMATI MELAKA RIVER CRUISE
Next post ‘CAKNA’ PERKASA ALUMNI UNIVERSITI AWAM, 473 PROGRAM DISATUKAN