Sorting by

×

MENARA TAMING SARI ‘BELANJA’ 18 PENGUNJUNG

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDA HILIR 3 Februari – Selepas hampir sebulan ditutup, Menara Taming Sari kini kembali beroperasi seperti biasa bermula hari ini.

Menara itu sebelum ini ditutup sementara bermula 12 Januari lalu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf yang dilakukan demi keselamatan dan keselesaan pengunjung.

Istimewanya, sempena pembukaan semula, hari ini, seramai 18 pengunjung terawal telah diberikan hadiah istimewa iaitu berupa tiket kemasukan percuma untuk menikmati pemandangan indah Bandaraya Melaka dari menara berputar 360 darjah dengan ketinggian 80 meter itu.

Nombor 18 dipilih memandangkan ia merupakan simbolik 18 tahun Menara Taming Sari beroperasi hingga menjadi simbol kebanggaan sektor pelancongan Negeri Melaka.

Antara yang menerima manfaat itu adalah pelancong antarabangsa, pelancong domestik dan rakyat Melaka sendiri.

Hadiah itu diberikan sebagai tanda penghargaan di atas sokongan tidak berbelah bahagi semua terhadap pusat pelancongan ikonik Melaka itu.

Untuk rekod, Menara Taming Sari dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hingga 10 malam (Isnin-Jumaat) dan 9 pagi hingga 11 malam (hujung minggu dan cuti umum).

Menara itu juga turut menyertai inisiatif Melaka Bila Larut Malam pada Sabtu minggu pertama setiap bulan, di mana ia beroperasi sehingga jam 2 pagi dan menawarkan harga tiket istimewa RM10 sahaja.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

317
Kongsi :
Previous post ‘HEBAT’ MUDAHKAN RAKYAT, TINGKAT KUALITI KEBERKESANAN PENTADBIRAN MELAKA
Next post PEKERJA KILANG MAUT SELEPAS HANTAR ISTERI KE TEMPAT KERJA