Sorting by

×

GTP: MELAKA MENUJU HAB INDUSTRI STRATEGIK ANTARA JOHOR – KUALA LUMPUR

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BEMBAN 6 Februari –Melaka berpotensi menjadi hab industri strategik antara Johor dan Kuala Lumpur dengan perancangan kawasan perindustrian yang tersusun serta berpotensi menarik pelaburan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, negeri ini memiliki banyak kawasan yang sesuai untuk dijadikan pusat industri berteknologi tinggi, sekali gus mewujudkan peluang pelaburan lebih munasabah.

“Begitu juga dengan tempat-tempat lain, kita akan berurusan selanjutnya bagi memastikan Melaka boleh menjadi hub industri memandangkan negeri ini memiliki banyak potensi kawasan pelaburan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Galeri Jualan German Technology Park (GTP) Fasa 1 di Tapak GTP Bemban, Daerah Jasin, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pelaburan) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Zalina Zainol serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCORP) Datuk Mohd Yusof Abu Bakar.

Ab Rauf berkata, Kerajaan Negeri kini sedang merancang pengkategorian kawasan industri berdasarkan teknologi dari pelbagai negara.

“Contohnya, kawasan di Bemban akan fokus kepada teknologi Jerman, manakala kawasan lain mungkin berasaskan teknologi China atau Eropah.

“Strategi ini bertujuan memastikan perancangan industri lebih tersusun dan menarik pelaburan yang munasabah.

“Sasaran utama kita adalah untuk membawa seberapa banyak teknologi dari Jerman ke Melaka, sekali gus menjadikan kawasan ini pusat ‘transfer of technology’,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

271
Kongsi :
Previous post KEMAJUAN TANAH GTP FASA 1 CAPAI 40 PERATUS
Next post TARIK LESEN JIKA PENGANJUR, PENIAGA BAZAR AMAL KONSEP ‘ALIBABA’