Sorting by

×

BIBIT KEMESRAAN KETUA MENTERI SANTUNI ORANG PAYA LUBOH

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

PANTAI KUNDOR 13 Februari – Bibit kemesraan di antara pemimpin dengan rakyat jelas terpancar di Kampung Paya Luboh apabila Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh hadir bersarapan bersama rakyat.

Program santai bersama rakyat itu diadakan di PL Square, Kampung Paya Luboh, di mana ia merupakan aktiviti rutin Ab Rauf setiap kali ada kelapangan masa.

Ketua Menteri yang tiba kira-kira jam 8.45 pagi terus menyantuni peniaga dan masyarakat setempat yang hadir.

Beliau kemudiannya duduk semeja bersama rakyat menikmati pelbagai juadah sarapan pagi yang dijual di medan selera berkenaan.

Program santai bersama rakyat itu merupakan antara pendekatan beliau yang sering dilaksanakan setiap kali mempunyai kelapangan, sebagai usaha mendekati masyarakat dan memahami sendiri keperluan serta isu di peringkat akar umbi.

Whatsapp image 2026 02 13 at 11.17.54
KETUA Menteri bersama peniaga dan masyarakat bersarapan di PL Square Paya Luboh.

Malah, pendekatan turun padang dan santunan kasih sayang itu turut mencerminkan aspirasi Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang menjadi teras kepimpinan Ab Rauf dalam memastikan hubungan antara Kerajaan Negeri dan rakyat sentiasa erat.

Rata-rata penduduk yang hadir kelihatan teruja dan menghargai kesudian Ketua Menteri meluangkan masa bersama mereka dalam suasana santai dan penuh kemesraan.

Program berkenaan bukan sahaja mengukuhkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat, malah memperlihatkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam mengutamakan pendekatan mesra rakyat serta kepimpinan yang dekat di hati masyarakat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

539
Kongsi :
Previous post MELAKA TUBUH BOMBA KOMUNITI DI SEMUA PPR
Next post MELAKA SEBAGAI ‘KOTA KESIHATAN’, PUTRA 2 DAN BRAIN & SPINE HOSPITAL DIBINA DI AYER KEROH