Sorting by

×

PENIAGA DIINGATKAN SUPAYA PATUH SHMMP

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

ALOR GAJAH 13 Februari – Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap mana-mana peniaga yang dikesan gagal mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun (SHMMP) Baharu Cina 2026.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sepanjang sembilan hari pelaksanaan SHMMP peniaga diingatkan agar mematuhi harga jualan 15 barangan sudah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Kerajaan Negeri sentiasa cakna terhadap kebajikan rakyat malah skim harga maksimum ini bukan sahaja untuk melindungi pengguna tetapi juga memastikan peniaga tidak terbeban.

“Namun tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi skim ini,” kata Ketua Menteri selepas menyempurnakan Pelancaran Skim Harga Maksimum Perayaan Tahun Baharu Cina 2026 KPDN Melaka, di Kelemak, hari ini.

Hadir sama, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Soh Chin, Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas serta Pengarah KPDN Melaka Dr. Mohd Hazimin Jamaludin.

Menurut Ketua Menteri, isu kos sara hidup pastinya dapat dikawal dengan kerjasama daripada rakyat dan penguatkuasaan yang tegas.

“Menerusi kerjasama rakyat dan tindakan penguatkuasaan yang tegas kita akan pastikan kos sara hidup terkawal, sekali gus orang Melaka khususnya dapat menyambut perayaan dengan penuh kegembiraan serta sejahtera,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

339
Kongsi :
Previous post ADUAN RAKYAT PAYA RUMPUT DIKATEGORIKAN IKUT KEUTAMAAN – RAIS
Next post JALAN BAHARU JIMATKAN MASA PEMANDUAN, RANCAKKAN EKONOMI SETEMPAT