Sorting by

×

SYIAR ISLAM SUBUR DI PAYA RUMPUT

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

PAYA RUMPUT 14 Februari – Syiar Islam terus subur di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menerusi pelbagai pembangunan infrastruktur dan program kerohanian yang memberi manfaat kepada umat Islam di kawasan itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, antara manfaat yang diterima rakyat di kawasan itu adalah menerusi pembinaan sebuah masjid baharu di Cheng Perdana yang telahpun siap dan buat julung kalinya diimarahkan kira-kira 1,000 umat Islam menunaikan solat Jumaat bersempena Karnival Demi Paya Rumput.

Jelas beliau, pembinaan Masjid Saidina Abdul Al Rahman Ibn Auf R.A. itu telah diluluskan Kerajaan Negeri dengan kos keseluruhan berjumlah RM6.49 juta.

“Selain itu, DUN Paya Rumput juga memiliki satu lagi mercu baharu iaitu Kompleks As-Solihin di Paya Rumput Kampung dengan sumbangan hampir RM1 juta daripada Pejabat Pembangunan Negeri bagi kerja-kerja naik taraf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Demi Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, di sini, hari ini.

6088968337065971125
AB Rauf ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Demi Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat. Foto Iqmal Haqim Rosman

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.

Turut bersama, Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Adun Pantai Kundor Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim; Adun Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata, bagi memperkasa aktiviti komuniti, sebuah balai raya baharu telah dibina di Taman Tanjung Minyak Utama melalui Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah.

Menurut beliau, balai raya dengan kos berjumlah RM500,000 itu kini telah siap sepenuhnya dan sedia digunakan oleh komuniti di kawasan tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

399
Kongsi :
Previous post PAYA RUMPUT SEDIA AKSES PENDIDIKAN BERKUALITI
Next post PAYA RUMPUT LANCAR TABUNG AMAL PENDIDIKAN