Sorting by

×

AB RAUF MAHU PASTIKAN DAPUR RAKYAT MELAKA TERUS BERASAP

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

TANJUNG BIDARA 14 Februari – Kerajaan Negeri bukan hanya mementingkan perkembangan ekonomi yang konsisten, sebaliknya turut memastikan setiap dapur rakyat Melaka berasap, anak-anak pula ke sekolah dengan pakaian yang sempurna dan dapat tidur dengan tenang.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, dalam pentadbiran beliau kompas utamanya adalah rakyat yang hidup dalam keadaan sejahtera.

Mengulas lanjut Ab Rauf berkata, perkongsian rezeki menerusi pelbagai inisiatif meringankan bebanan rakyat dilaksanakan menjadi roh sebenar kepimpinan Kerajaan Negeri Hari ini.

“Inilah manifestasi prinsip Melaka Sayang Rakyat (MESRA) yang bukan sekadar slogan, tetapi diterjemahkan melalui tindakan.

“Menjelang Ramadan dan Syawal, banyak keperluan yang perlu disediakan, bagi yang ahli keluarganya ramai sudah pasti belanja perlu disediakan juga tinggi.

“Berikutan itu Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka hadir menyalurkan bantuan keseluruhan berjumlah RM256,500 khusus untuk Dewan Undangan Negeri (DUN),” kata Ketua Menteri.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengagihan Bantuan Ramadan Dan Syawal Serta Pengagihan Fidyah Kepada Asnaf Fakir Dan Miskin Bagi Tahun 2026 DUN Tanjung Bidara di Dewan Japerun Tanjung Bidara, di sini, hari ini.

Hadir Sama Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas; Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Shaifulfazlee Mohamad; Pegawai Tugas-Tugas Khas MAIM, Datuk Wira Md Rawi Mahmud; Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Ab Rauf berkata, Bantuan Ramadan, Syawal dan Fidyah disampaikan pada hari ini merupakan bantuan zakat yang diuruskan oleh pihak MAIM buat mereka yang sememangnya penerima bantuan zakat sama ada secara bulanan atau tahunan.

Menurut Ketua Menteri Bantuan Zakat Fitrah, berjumlah RM156,300 bagi manfaat kepada tiga orang Asnaf Fakir dan 331 orang Asnaf Miskin, termasuk 558 orang penerima isi rumah, menjadikan keseluruhannya seramai 892 orang penerima.

“Keduanya, Bantuan Syawal kepada 334 penerima berjumlah RM50,100. Sebagai keprihatinan berterusan kerajaan, suka saya umumkan mulai tahun ini kadar bantuan telah kita naikkan kepada RM150 berbanding RM100 sebelum ini.

“Inilah bukti bahawa Kerajaan Negeri sentiasa mencari jalan untuk menambah baik bantuan yang lebih bermakna. Ketiga, Bantuan Fidyah berjumlah RM50,100 kepada seramai 334 Fakir dan Miskin, khusus untuk untuk pembelian barangan keperluan makanan sahaja,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

273
Kongsi :
Previous post ‘DEMI PAYA RUMPUT’ LAMBANG MELAKA SAYANG RAKYAT
Next post RAIS BERJAYA TUNAI 8 AKU JANJI DEMI PAYA RUMPUT