Sorting by

×

SURI RUMAH DI PAYA RUMPUT ‘DILINDUNGI’

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

PAYA RUMPUT 14 Februari – Suri rumah di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menjadi antara golongan yang mendapat manfaat di bawah kepimpinan Datuk Rais Yasin.

Selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan tersebut, Rais menerusi Japerun Paya Rumput telah menaja seramai 100 suri rumah untuk mencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) atau LINDUNG Kasih oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjumlah RM120 setiap seorang.

Jelas beliau, insentif itu dimulakan pada tahun lalu dan diteruskan lagi tahun ini membabitkan seramai 100 lagi suri rumah di bawah DUN Paya Rumput.

“Menerusi skim ini, suri rumah di bawah DUN Paya Rumput akan dilindungi dengan pelbagai faedah PERKESO.

“Jadi dengan adanya insentif ini sekurang-kurangnya ia dapat memberi perlindungan merangkumi kemalangan domestik, penyakit atau keilatan semasa menguruskan rumah tangga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival Demi Paya Rumput yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di perkarangan Stadium Hang Jebat, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem; Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Adun Pantai Kundor Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim; Adun Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman serta lain-lain kenamaan.

Terdahulu pada majlis tersebut, Ketua Menteri diiringi Rais telah menyempurnakan gimik pemberian insentif SKSSR bernilai RM120 kepada suri rumah di dalam DUN Paya Rumput.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1633
Kongsi :
Previous post MELAKA SASAR KADAR PEMILIKAN RUMAH MENINGKAT 88 PERATUS MENJELANG 2030
Next post MELAKA PILIHAN PEMAJU HARTANAH