Sorting by

×

OP TBC, JABATAN KESIHATAN NEGERI SITA 237 PRODUK MAKANAN

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

PAYA RUMPUT 14 Februari – Sebanyak 237 produk makanan disita Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam tempoh dua hari pelaksanaan Operasi Tahun Baharu Cina (Ops TBC).

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata, Ops TBC yang dijalankan pada 10 dan 11 Februari itu membabitkan pemeriksaan keatas 34 premis termasuk 14 premis makanan di seluruh Melaka.

“Menerusi Ops TBC pemeriksaan turut dijalankan keatas 20 premis perniagaan termasuk pasar raya dan hasilkan sebanyak 237 produk makanan telah disita.

“Tindakan itu dibuat selepas mendapati ada berlakunya kesalahan dibawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Secara keseluruhan nilai kompaun dan notis yang dikeluarkan berjumlah RM14,100 sepanjang dua hari operasi,” katanya.

Terdahulu, Hee Sem hadir pada Program Walkabout ‘Langkah Bersih, Sambutan Ceria’ sempena Tahun Baharu Cina 2026, di Medan Selera Cheng Ho Jiak, pada petang Sabtu.

Menurut Hee Sem, JKN Melaka juga sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan berterusan keatas premis di sekitar Cheng, khususnya.

“Sepanjang tahun 2025, sebanyak 158 premis diperiksa dengan 138 premis (87.3 peratus) memperoleh gred A, 19 premis (12.0 peratus) gred B dan satu premis (0.6 peratus) gred C.

“Manakala empat premis atau 2.5 peratus pula diarahkan tutup atas kesalahan berkaitan kehadiran lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain sebanyak 48 notis kesalahan turut dikeluarkan dengan nilai kompaun RM9,000,” katanya.

Jelasnya, Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM) JKN Melaka sentiasa memantau aspek kebersihan premis makanan khususnya di seluruh Melaka ini bagi memastikan makanan yang dijual selamat sekaligus mematuhi Akta Makanan 1983.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

360
Kongsi :
Previous post PENDUDUK PUJI ‘DATUK RAIS’ MUDAH DIHUBUNGI, CEPAT BERI MAKLUM BALAS
Next post IKTIRAF VISI ANAK MELAKA PERKASA INDUSTRI KREATIF, PELANCONGAN