Sorting by

×

IKTIRAF VISI ANAK MELAKA PERKASA INDUSTRI KREATIF, PELANCONGAN

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 15 Februari – Selaras usaha memperkukuh ekosistem pelancongan dan hospitaliti, Kerajaan Negeri sedia untuk bekerjasama serta menyokong inisiatif bermanfaat hasil cetusan idea usahawan tempatan. kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, sebagai contoh kemunculan The Mansion Ballroom iaitu sebuah dewan eksklusif memperkayakan lagi penawaran kemudahan bertaraf tinggi di Melaka.

Katanya, lebih membanggakan kemudahan bertaraf premium itu adalah hasil inisiatif dan visi anak watan Melaka sendiri, sekali gus mencerminkan potensi besar usahawan negeri ini dalam menerajui pembangunan sektor hospitaliti secara progresif, berdaya saing serta berwawasan tinggi.

“Saya percaya, inisiatif seperti ini menjadi isyarat jelas kebangkitan keusahawanan tempatan, disamping berperanan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

“Mereka ini juga menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan untuk melangkah jauh dalam pelbagai sektor strategik,” kata Ketua Menteri ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian The Mansion Ballroom di Bandar Hijau, Kota Hang Tuah Jaya, di sini, hari ini.

Hadir sama Wakil JVE Group Sdn Bhd Diana Jasni dan Wakil JVE Group Sdn Bhd, Nurul Nadihah Ain Idris,

Ab Rauf berkata, landskap pembangunan negeri kini bukan sahaja dikenali sebagai destinasi warisan bersejarah, malah semakin menyerlah sebagai lokasi pilihan bagi penganjuran majlis perkahwinan eksklusif, acara korporat dan program bertaraf nasional serta antarabangsa.

“Seiring dengan perkembangan pesat industri perkahwinan dan acara yang semakin berkembang, kehadiran The Mansion Ballroom amat signifikan kerana diyakini mampu menjadi tarikan baharu kepada pasangan dari dalam dan luar negeri, Mengukuhkan rantaian industri perkhidmatan.

“Kemudahan ini juga mengangkat imej Melaka sebagai destinasi pilihan bagi penganjuran majlis berprestij,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

358
Kongsi :
Previous post OP TBC, JABATAN KESIHATAN NEGERI SITA 237 PRODUK MAKANAN
Next post TOK RAIS TUNAI JANJI, SEDIA TAPAK PERKUBURAN BAHARU