Sorting by

×

PPSPM IMARAH RAMADAN DENGAN PROGRAM KEROHANIAN, KEBAJIKAN

Masa Membaca:54 Saat

DUYONG 16 Februari – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merancang pelbagai program kerohanian dan kebajikan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, program yang dirangka bukan sahaja melibatkan kakitangan PPSPM, malah turut memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Katanya, PPSPM komited melaksanakan pelbagai program yang bakal memberi manfaat secara langsung kepada komuniti sekitar.

“Ramadan adalah bulan untuk berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim.

“PPSPM merancang pelbagai aktiviti dan program untuk mengimarahkan bulan mulia itu nanti seperti sumbangan air balang setiap hari Jumaat dengan kerjasama Masjid Fathur Rahman, Pengkalan Rama.

“Selain itu, PPSPM akan membuat edaran bubur lambuk bersama Surau An-Nur, Kampung Pengkalan Rama Pantai dan banyak lagi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar turut memaklumkan PPSPM akan melaksanakan pelbagai pengisian kerohanian membabitkan produk-produk PPSPM seperti Melaka River Cruise.

“Tahun ini kita akan menganjurkan tadarus al-Quran bersama kakitangan, majlis berbuka puasa warga kerja serta program khatam al-Quran di dalam bot Melaka River Cruise dengan penglibatan pelajar-pelajar tahfiz,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

390
Kongsi :
Previous post REZEKI KONSERT AMAL, DUA PENGUNJUNG MENANG MOTOSIKAL
Next post KUDA PONI COMEL ZOO MELAKA BIKIN JATUH CINTA