Sorting by

×

DEWAN HANG TUAH BERWAJAH BAHARU, LOKASI IDEAL PELBAGAI MAJLIS

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KOTA LAKSAMANA 20 Februari – Terletak di tengah bandar Melaka, berdirinya sebuah dewan yang menjadi lokasi ideal untuk pelbagai acara atau majlis keramaian.

Dewan Hang Tuah yang terletak di Jalan Hang Tuah, di sini, telah diberi nafas baharu sejak diambil alih Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dengan pelbagai penambahbaikan fasiliti demi keselesaan ramai.

Menurut CMI, dewan tersebut boleh dijadikan lokasi penganjuran pelbagai program atau majlis, antaranya majlis perkahwinan, konvokesyen, pameran, aktiviti sukan hinggalah mesyuarat agung tahunan atau perhimpunan persatuan.

Dewan tersebut dilengkapi dengan kemudahan lengkap antaranya pendingin hawa dan pentas, selain tapak parkir berhampiran.

Malah, lokasinya juga cukup strategik kerana berada di kawasan bandar dan berhampiran Sungai Melaka yang menjadi nadi pelancongan utama negeri bersejarah ini.

6327673694435610554
RUANG dalam dewan yang luas. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Dalam satu-satu masa, dewan itu boleh memuatkan sehingga 300 hingga 400 orang, manakala untuk majlis perkahwinan ia boleh menampung kehadiran sehingga 1,000 tetamu.

Malah, harga sewaan dewan ini juga amat berpatutan iaitu serendah RM1,800 sehari.

Jadi, kepada mereka yang berminat untuk membuat tempahan Dewan Hang Tuah, bolehlah berhubung dengan Bahagian Pemasaran CMI di talian 016-4576641.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

419
Kongsi :
Previous post PENDUDUK BERSYUKUR DILEMA BANJIR 25 TAHUN BAKAL SELESAI
Next post 20 FEBRUARI 1956: SIMBOL KESEPADUAN RAKYAT BINA NEGARA BANGSA