Sorting by

×

YAPEIM SUMBANG RM60,500 UNTUK RAMADAN MADANI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

KUALA LINGGI 7 Mac – Sejumlah RM60,500 disumbangkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) sempena program Ramadan Madani YAPEIM 2026 Peringkat Negeri Melaka.

Pengurus Besar Tabung Kebajikan dan Pelajaran YAPEIM Dr. Shamsul Azhar Yahya berkata, menerusi sumbangan itu ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL), bahkan pelajar sekolah menengah dan rendah terpilih di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi.

“Daripada jumlah peruntukan yang disalurkan itu sebanyak RM30,000 disalurkan di bawah bantuan kewangan pendidikan membabitkan seramai 300 penerima.

“Selain itu, ia turut merangkumi beberapa sumbangan lain termasuk sumbangan makanan iftar dan juga moreh yang memberi manfaat kepada 1,000 orang penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Program Ramadan Madani YAPEIM 2026 yang turut dihadiri Naib Canselor UNIMEL Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly, di Auditorium Ibn Khaldun UNIMEL, di sini, semalam.

Img 20260306 234825 029
DR. Shamsul Azhar bersama Prof. Abdul Khalil dan kenamaan berbuka puasa pada Program Ramadan Madani YAPEIM 2026 di UNIMEL Kuala Sungai Baru. Foto Afiq Mustaffa

Menurut Dr. Shamsul Azhar, selain Melaka YAPEIM turut menganjurkan program seumpamanya di 22 lagi lokasi di seluruh negara membabitkan perbelanjaan RM1.25 juta.

“Daripada keseluruhan jumlah yang diperuntukkan itu ia secara tidak langsung memberi manfaat kepada 65,000 kumpulan sasar atau penerima.

“Pastinya peruntukan yang disalurkan setiap tahun untuk pembangunan program ini bertambah susulan peningkatan sumbangan yang diterima daripada orang ramai kepada YAPEIM sekali gus ia membolehkan kami menambah lokasi penganjuran,” katanya.

Jelasnya, YAPEIM akan meneruskan kerjasama bersama UNIMEL dalam membantu pelajar kurang berkemampuan khususnya untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

382
Kongsi :
Previous post SINGGAH SAHUR SEMARAK RAMADAN, MEDAN PERKUKUH SOLIDARITI
Next post KASIH MPHTJ SENTUH HATI ANAK YATIM, ASNAF