Sorting by

×

KASIH MPHTJ SENTUH HATI ANAK YATIM, ASNAF

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 7 Mac – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menzahirkan keprihatinan sempena Ramadan ini dengan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban insan memerlukan.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata, menerusi Program Sentuhan Kasih Prihatin MPHTJ 2026 seramai 170 penerima telah diraikan terdiri daripada anak-anak yatim dan golongan asnaf daripada enam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jelas beliau, program yang diadakan setiap kali Ramadan itu menjadi lambang kasih dan sayang MPHTJ dengan berkongsi rezeki serta menyantuni masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Program seperti ini bukan sekadar sebuah program kebajikan, tetapi ia merupakan simbol keprihatinan MPHTJ terhadap kesejahteraan masyarakat di kawasan pentadbiran kita.

“Semangat berkongsi rezeki dan membantu golongan yang memerlukan ini juga mencerminkan nilai murni yang sentiasa menjadi teras kepada warga MPHTJ dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat.

“Saya percaya bahawa melalui usaha seperti ini, kita dapat menyemai nilai kasih sayang, kebersamaan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih Prihatin MPHTJ 2026 di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Ahli Majlis MPHTJ Clr. Wan Mohammed Fairus Wan Abdullah; Setiausaha MPHTJ Mohd Faizal Mohd Zin serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Sapiah berharap sumbangan yang diberikan itu dapat membawa keceriaan dan kegembiraan kepada penerima dalam menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

369
Kongsi :
Previous post YAPEIM SUMBANG RM60,500 UNTUK RAMADAN MADANI MELAKA
Next post ‘DONAT PIZA’ PIKAT PENGUNJUNG CILIK BAZAR RAMADAN