Sorting by

×

POSKAD EDlSl KHAS PERCUMA UNTUK 500 PENGUNJUNG PAMERAN SETEM

Masa Membaca:57 Saat

BANDA HILIR 26 Mac – Pengunjung Muzium Sejarah dan Etnografi berpeluang mendapatkan poskad khas secara percuma sempena Pameran Setem & Kenangan: Citra Sejarah, Seni dan Wajah Malaysia yang berlangsung 3 Mac hingga 31 Julai depan.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Erne Hamsah berkata, pemberian poskad edisi khas itu terhad kepada 500 keping sahaja kepada pengunjung terawal.

Menurut beliau, cenderamata istimewa itu merupakan antara inisiatif menggalakkan orang ramai hadir ke muzium selain menghargai nilai sejarah dalam bentuk yang lebih santai dan dekat dengan masyarakat.

“Rebutlah peluang ini kerana kita menyediakan hanya 500 keping poskad khas percuma kepada pengunjung. Ia sangat terhad, siapa cepat dia dapat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Erne, poskad tersebut menampilkan elemen citra sejarah dan seni yang bukan sahaja unik, malah mampu menjadi kenangan bermakna kepada pengunjung.

“Setem dan bahan filateli ini sebenarnya boleh mengimbau nostalgia serta kenangan lampau, di samping memperingati peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Malaysia sejak tahun 1860-an,” katanya.

Selain setem, pameran itu turut menampilkan sampul surat kenang-kenangan atau ‘First Day Cover’, selain koleksi berkaitan perkhidmatan pos serta perkembangan dunia filateli.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

443
Kongsi :
Previous post MACAM-MACAM ADA DI JAMUAN AIDILFITRI AYER LIMAU MALAM ESOK
Next post DUN TABOH NANING TUMBANG LEMBU BUAT TETAMU RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 29 MAC INI